Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

21 Disember 2013

Kek Color Block

Sebenarnya saya tak tau nak bagi nama apa kat kek ni. Kawan seopis dulu yang order. Mazni order ni on behalf kawan adik iparnye. Huhu. Kompleksnye. Takpe, korang tak yah pikir pasal sapa yang order. Meh saya cite pasal kek ni eh.

Kek ni saya guna choc moist sebab, choc moist structure keknye lembut tapi padat. So, kalau hiasan atas & keliling kek tu berat, kek masih selamat, tak penyek.. haha. Kek ni sebenarnya tak mengikut gambar asal yang mazni bagi. Deco asalnye ada sepasang figurine (husband & wife kot) duduk kat tepi kek tu sambil juntai kaki. Saya mintak ampun awal-awal, saya belum reti nak buat figurine orang ni. Figurine lain-lain pun belum berani, takut jadi lain nanti. Kikiki. Saya cuba cari figurine readymade bentuk orang tapi sampai ke sudah tak jumpa. Lastnye mazni kata tak yah la letak orang tu. Yeaaayyyy!!! Suka saya!!! Hihi..

Jadi deco guna love2 tu je. Seluruh permukaan kek saya curahkan steam butter cream. Tulisan kat atas kek tu & love pacak-pacak tu saya guna fondant readymade je. Saya belum rajin nk menguli fondant sendiri. Hihi




Yang color pink hijau ni repeat order dari mazni jugak, untuk kawannye jugak.



Thanks ye Maz. ;)

29 Oktober 2013

Red Velvet Ruffle Roses

Assalamualaikum..sementara tunggu customer abis kelas ni saya curi masa update blog ni..

Kali ni saya nak tayang red velvet dengan deco baru yang saya cuba. Saya guna nozzle swirl rose. Selalunya saya guna untuk bucu atas kek je. Kali ni memandangkan saya ada lebih icing, & saya dapat tau customer yang ni suka sangat icing yang maha tebal, haha..saya pun buat la deco ni kt seluruh permukaan tepi kek. Berat sungguh kek ni. 2kg++. Sapa yang suka icing banyak memang gumbira la tengok deco nih. Huhu

Ok, untuk sesiapa yang berhajat nak deco camni, ada extra charge saya kenekan sebab quantity icingnye 2x ganda dari biasa.

Jom cuci mata..






22 Oktober 2013

Rainbow Petal Kek

Kek ni order dari sahabat lama masa sekolah dulu. Kek ni untuk birthday anaknya.

Kek dalam tu saya guna choc moist, icing saya guna buttercream. Leka betul masa buat petal keliling kek tu. Tak rasa mengantuk walaupun bila siap saya tengok jam dah pukul 3 pagi.

Edible imej atas tu saya beli yg readymade je. Feedback dari kawan saya tentang kek tu.. anak dia suka sgt tgk kek tu. Abis semua anak-anak buah yang lain pun nak kek camtu jugak time birthday diorang nanti.


21 Oktober 2013

Kek Budget Sudah Mariiii..

Taraaaaaaa!!!!!

Nak makan kek saya??? Tapi nak makan semuaaaaa jenis??????

Bolehhhhh!!! Saya ada versi downsize untuk kebanyakan kek idaman anda.. ;)

Tiramisu

Kek buah kukus

Brownies blueberry cheesecake (BBCC)

Choc moist

Red velvet

Pavlova

Walnut butterscotch

Kek-kek ni sume bersaiz ekonomi. Saya gunakan bekas aluminium foil bersaiz 3x5x2 (PxLxT). Memang sesuai untuk makan sorang-sorang. Hehe..

Kek ni saya buat setiap 2 minggu. Sesiapa yang berhajat, sila la jengah group KuihShoppe di fb saya Hadizah Fiveros ye.

Insyaallah next time saya tambah lagi type untuk kek budget ni. Berangan nak buat snow cheesekek..hehe..

20 Oktober 2013

Saya Masih Di Sini..

Amboiiiiii!!!! Lamanya tuan blog ni tido. Comment pun tak berjawab ye.

Saya tak ke mana, ada di sini bergelumang dengan tepung, gula, fresh cream & segala bagai barang kek.

Saya dah mulakan production kek budget. Saya buat setiap 2 minggu. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan, sampai ada yang merajuk sebab tak dapat. Huhu..

Saya tak dapat nak buat banyak sebab saya takde chiller kek. Saya masih gunakan peti ais rumah. Insyaallah saya akan upgrade facility saya sikit masa lagi ye.

Jom tengok gambar-gambar kek yang saya buat sepanjang blog saya ni 'tido'.. haha..ni sebahagian je..byk lagi yang saya tak larat nak upload.. kebanyakan deco hampir sama je..

Red velvet, masih kekal kek paling laku..

Choc moist kek utk surprise birthday kt
mak housemate saya masa study dulu..

Tiramisu order dr cikgu SSeJB

Double indulgence utk birthday anak sepupu saya

Double indulgence, ni pun utk surprise birthday
anak buah schoolmate saya. Kek ni saya courier ke KL
guna TA-Q-BIN

Red velvet dgn fondant deco, kawan nak bentuk
beg badminton, utk birthday suami & anaknya

Choc moist kek order dr  kak zamzana, MRSM JB

BBCC..

Walnut butterscotch. Saya tak gunakan pecan dah,
Masa pecan xde stok dulu guna walnut, pastu terus lekat..

Assorted cheesetart pun ada..

Choc moist cupcake..

Tiramisu lagi..

Choc moist kek..

Red velvet lagi..

Choc moist lagi..

Kek baru, lemon cheese kek..lemon curd atas tu sodappppp...

Pavlova..

Choc moist kek lagi


Double indulgence 2 yg atas ni sebenarnya sebiji yg sama.
deco je sebelah lain, sebelah lain, tang nama tu..

Walnut butterscotch annivesary

Double indulgence

Double indulgencen lagi..



30 September 2013

Kek Pengantin Pembuka Tirai Order Aidilfitri

Assalamualaikum..

Sekali lagi saya off record selama hampir 3 bulan gara-gara busy dengan projek kuih raya. Bunyinye cam banyak benor tempahan. Hehe. Takde le banyak. Tahun ni tahun pertama saya buat kuih raya sorang diri. Huhu. Tahun-tahun sebelum ni saya cuma tolong mak buat tempahan kuih raya. Tahun ni mak dah pencen, sibuk jaga cucu-cucu baru. Si Yaya, Yiyin & Yayan.

Ya Allah, penat rupanye ye buat kuih raya sorang diri ni. Rasa cam tobat dah tak mau buat gi. Kejap je rasa camtu. Sekarang dah berkobar-kobar semangat, tak sabar nak tunggu tahun depan punya raya. Wakakakakakaka!!!!!!!!

Ok la, cukup-cukup la sesi bercerita2 ni. Kang boring plak orang baca. Sebenarnye entry kali ni nak tayang kek pengantin yang dah selamat dimakan 17 Ogos lalu. Kek ni order dari cikgu Fazilah Salkah untuk majlis kawin beliau.

Warna tema yg pengantin nak-PURPLE PINK. Icing saya guna teknik SBC. Jadi saya tak perlu ambil banyak masa untuk melepa icing & pastikan icingnya rata, sebab sekali curah biar meleleh terus tutup semua permukaan kek tu. Pastu tunggu je icing tu beku sket. Dah beku tu boleh la deco.

Kek macam biasa saya guna choc moist. Pada saya kek choc moist ni tak muak dimakan walau dengan apa jenis topping pun. Pengantin nak cup cake sekali, nak susun keliling kek pengantin tu. Warna icing cup cake tu saya selang selikan dua warna tema, purple & pink.

So, jom cuci mata!!!!!!
Kek lepas disusun atas meja potong kek




Selamat pengantin baru ye!!!!




28 Jun 2013

Ombre Petal Cake

Sekali lagi saya cuba buat petal kek. Kali ni buat dengan ton warna biru. Kek ni untuk majlis sambut menantu sebeLah suami. Adiknya yang bongsu. Macam biasa, kek saya masih guna choc moist. Cuma bezanya saya potong jadi 2 layer supaya saya boleh letak coklat ganache kat tengah-tengah dia.

Deco kali ni dah pantas sket. Dah second time la katakan. Hihi. Kek ni saya buat pada hari yang sama saya buat double indulgence giant yang 4kg tu. Huhu. Tobat pasni tak nak dah buat kek susah yang saiz giant.

Petal kek biru ni bila dah dipotong, berebut pakcik, makcik, ipar-ipar & anak-anak saudara. Nak!! Nak!! Akhirnya kek tu selesai kat situ je. Bagus, tak membazir.

So, mari kita enjoy tengok gambar-gambar petal kek biru ni ye..




22 Jun 2013

Double Indulgencessssssssss

Hik..hik..hik.. banyaknye sssssss..saja letak sebab post ni tentang semua double indulgence yang saya buat sepanjang kewujudannya dalam senarai kek saya. Hehe.

Kadang-kadang saya gelar kek ni 'kek 3 hari'. Nak tau kenapa? Kek ni ambil masa 3 hari untuk betul-betul siap dengan cantik & jayanya. Hahaa. Pelikkan.

Kek ni terdiri daripada 4 komponen utama (macam kimia la pulak..).  White choc mousse, choc mousse, kek span coklat & choc ganache.

White choc mousse  (of course la layer yang color putih tu..) tu lepas  siap diputar tak boleh terus guna. Kene simpan dalam peti ais semalaman. Nak tau kenapa?? Sebab white choc mousse tu memang cair sebab dia menggunakan white choc. Kat situ dah 1 malam.

Pastu prepare pula keknya. Kek span coklat. Kek ni nanti kene belah mendatar untuk dapatkan 4 lapisan. Kadang mencabar tau nak belah kek ni. Takut kalau lapisannya jadi tinggi rendah tak tentu arah. Saya ada kek divider tp macam tak membantu sangat sebab keknya lembut sangat. Kalau guna alat tu kek mudah hancur. Lebih baik potong guna pisau atau benang. Selamat sket.

Lepas kek siap mula la prepare choc moussenye. Beza choc mousse dgn white choc mousse, dia tak payah simpan semalaman dalam peti ais sebab tak cair, boleh terus guna.

Bila ketiga-tiga bende ni dah siap, barulah proses melapis boleh dibuat. Susunan layer dia, kek-white choc-kek-choc mousse-kek-white choc-kek. Proses melayer ni patutnya kene guna loyang springform yang boleh bukak keliling tu. Saya bantai je guna loyang biasa tapi dialas plastik supaya kek &segala mousse tu tak melekat kat tepi loyang.

Lepas siap layer kene simpan lagi semalaman. Esoknya baru la boleh disapu keseluruhan kek dengan baki choc mousse yang tinggal. Lepas sapu choc mousse tu kene simpan lagi sekurang-kurangnya 4 jam dalam peti sejuk. Lepas tu baru la boleh dicurahkan dengan choc ganache. Choc ganache tu pastikan cukup banyak untuk tutup keseluruhan kek. Letakkan kek atas redai & alaskan dengan loyang. Loyang ni untuk menadah semua baki choc ganache yang akan turun melimpah masa kita curah tu.

Haaaaaaa..panjang berjelakan step dia. Untuk resepi sila refer link citarasawan ni ye. Macam biasa, saya malas nak taip. Nak taip entry ni pun berhari-hari. Huhu.. so, jom la cuci mata ye..

Ni order dari staff SSeJB.

Juga order dari staff SSeJB untuk birthday anaknya.

Order hari guru tempoh hariĆ 

Order dari staff SSeJB lagi untuk surprisekan birthday boy.
Tapi birthday boy mc hari tu. Huhu..

Ni order hari ni dari kawan baik masa sekolah dulu untuk birthday suami.
Tapi masuk nama dia skali sebab birthday dia bulan puasa nanti.

Nampak je kecik. Kek ni giant tau, 4kg.
Berjam-jam saya amik masa utk layerkan dia.
Ni pun order dari staff SSeJB, Kak Farah untuk majlis kahwin adiknye. Tahniah ye.

Play safe, saya guna fondant je supaya saya
tak mencacatkan rupa comel kek ni. Haha