Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

13 Februari 2013

Blossom Kenduri

Busy betul semenjak 2 menjak ni. Huhu. Busy menyiapkan tempahan dari kawan-kawan sambil memikirkan perkara yang perlu saya buat untuk masa depan bersama family & KuihShoppe ini. Cewahhhh!!! Cam berat je bunyinye tu. Tunggu ye, nanti sampai masa saya umumkan. Hehehe..

Ok la, posting kali saya nak cerita tentang order dari adik seofis saya, Farhana. Order ni sebenarnya dah setel 2 minggu yang lalu. Tapi baru hari ni saya berkesempatan update.

Farhana dah bayangkan kat saya awal-awal lagi.

"Kak, saya nak order kuih la. Kuih untuk kenduri kat umah mertua hujung minggu nanti"..

"Awak nak kuih apa?? Kek ke???"..

"Tak nak kek.Leceh kene potong. Mmmmmm.. Saya nak kuih yang senang nak makan. Tak payah potong.."

"Kalo camtu blossom la.. Kuih hijau.."

"Dia takyah potong ke kak??"..

"Tak yah..sebiji sekali ngap.."

"Ok la. Boleh kak. Nanti pagi sebelum gi tu saya amik ekk..."

"Ok, beresss..."

Ni kali kedua saya buat sendiri kuih hijau ni. Kali pertama masa Mama Rinie order hari tu. Masa tu saiz tak tentu arah. Haha. Kali ni dah cantik tau. Saiz sekata je. Bangga jap rasa. Hehehe..

Dipendekkan cerita, 2 hari lepas kenduri tu saya follow-up Farhana pasal kuih hijau ni. Ni feedback Farhana.

"Saya makan sket je kak. Diorang hidang masa kenduri tu. Diorang kata sedap"..
"Ada anak sedara tu dia tak makan nasi, kuih pun tak pernah makan. Tapi kuih hijau akak tu dia boleh makan. Terkejut mak dia. Banyak tau kak dia makan kuih tu...."

Huhu. Anak-anak memang suka kuih tu. Dia comel, senang masuk mulut. Warna pun menyala je kan. Attractive. Huhu..

Close-up blossom kedua kalinya..Bulattt...

Saiz dia dah cantikkan. Dah tentu arah dah semua.


Terima kasih ye Farhana sebab sudi order dengan akak. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan