Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

28 Mei 2013

Rainbow Petal Cake

Masa birthday anak dara saya 2 minggu lepas, dia request buat kek utk potong kat tadika dengan cikgu & kawan-kawan.

"Kakak nak kek apa?"

"Kakak nak kek yang paling cantik.."..

Dia cakap tu dengan ekspresi muka yang nampak macam tengah berangan. Anak dara saya ni selalu berangan jadi princess. Terpengaruh dengan kartun. 

Saya pun google la mencari-cari gambar-gambar kek yang cantik. Bila jumpa yang rasa ok saya tunjuk kat dia, semua tak nak. Lastly saya teringat kat blog Irmadilondon, teringat kat petal cake dia. Comel jugak kek tu. Saya pun tunjuk la kat anak saya..

"Kakak nak tak kek ni???"

"Nak, nak, eiiii..cantik la bu..kek apa ni? Macam rainbow.."

"Ni nama dia RAINBOW PETAL CAKE"..

"Oooo..boleh la bu kita nak kek ni.."

Dua hari sebelum birthday dia hari tu sayapun prepare keknye dulu. Esoknya baru saya deco. First try ni saya guna choc moist kek je. Icingnye pun saya guna buttercream sebab pada saya butercream lebih mudah nak dipelbagaikan waktu mendeco. Tak banyak ragam & tahan lama.

Saya buat homework jugak sebelum buat deco ni, berhari-hari jugak la saya berguru dengan cikgu youtube. Jadi lepas beria-ia mendeco di tengah malam buta, ini la hasilnya.


Deco masih belum kemas, masih ada lopong sana sini. 
Takpe, practice make perfect.


Tak padan pompuan, nak gambar angry bird.
Kot nak gambar princess tu ok la jugak.


Bucu tepi atas masih lopong.

Saya guna spatula saiz kecil sebab keknye rendah je.


Lepas ni saya nak cuba ombre petal cake pulak ye. Tungggguuuuuuuuuu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan