Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

14 April 2013

Assalamualaikummmmm...

Haiiii laa.. Lamanya la saya tak update blog ni. Busy benor gamaknye.

"Dah berhenti keje pun busy gak ke?"

"Haihh.. Busy.. Uruskan anak-anak. Anta sekolah, ambik balik sekolah. Masak utk diorang. Mandikan diorang. Pendek kata sume sebab anak la.."

Haaaaaa.. Ini la anjakan paradigma terbaru saya. Cewahhh!!!! Ayat canggih konon. Hehehe..

Entry last saya hampir 2 bulan yang lalu, ketika itu saya masih lagi bekerja di kilang sebagai seorang QA engineer cabuk. 10 tahun di situ. Banyak kenangan pahit manis di situ. Lama saya ambil masa nak buat keputusan berhenti keje ni. Selepas sesi pujuk memujuk sang suami, beristikharah & akhirnya saya tekad untuk meletak jawatan. Tanggal 7 Mac 2013, berakhir la riwayat saya di kilang itu. Macam-macam reaksi yang saya terima dari kawan-kawan di tempat kerja mahu pun di luar. Ada yang menyokong, tak kurang juga yang kata " Tak rasa rugi ke benti keje? Penat belajar tinggi, mak ayah abis duit anta masuk U.."

Pada saya, saya tak sedikit pun rasa rugi. Dah puas saya fikir & memohon petunjuk dari-Nya. Bagi saya suami & anak-anak adalah keutamaan saya ketika ini. Saya mahukan anak-anak yang boleh doakan saya selepas saya tiada nanti. Sedih la pulak. Lagi satu, waktu belajar dulu memang berhutang, tapi lepas grad, sume hutang tu diconvert kepada biasiswa sebab saya dapat keputusan yang baik. Jadi saya tak perlu risau tentang bayaran balik hutang pinjaman pelajaran. Dan yang lebih penting, saya dah takde hutang apa-apa wang pun dengan mana-mana bank. Dalam erti kata lain, SAYA BEBAS HUTANG!!!!! Itu nasihat financial planner saya dulu. Erti hidup yang sebenar-benar bebas adalah bebas hutang wang.

Jadi tugas saya sekarang adalah teruskan memohon kepada Yang Maha Esa agar dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang murah, umur & hidup yang berkat, agar dapat saya jalankan tugas-tugas baru saya bersama keluarga.

Haihhh.. Melalut plak entry kali ni. Tapi itu lah yang saya rasa sepanjang 2 bulan ni. Alhamdulillah saya semakin serasi dengan tugas-tugas baru ni. Bergelut dengan anak-anak, jadi driver hantar & ambik anak sekolah, beli raw material untuk buat kek, mixer, telur, tepung, gula, cooking chocolate, macam-macam lagi la. Pendek kata sekarang saya seorang FULLTIME HOUSEWIFE & BAKERS.

Ok la. Dah habis sesi bercerita-ceriti, sekarang nak tunjuk gambar-gambar tempahan yang dapat saya langsaikan sepanjang 2 bulan ni. Maaf jika ada yang tertinggal ye. Maklum la dah 2 bulan tak update. Hanya di Facebook KuihShoppe je saya aktif. Facebook la yang paling mudah bagi saya untuk update tentang order-order dari kawan-kawan. Kalau berblog ni nak kene mengadap laptop. Seminggu sekali pun payah nak tengok saya duduk mengadap laptop. Heheheeee..

Jom cuci mata.. Sorry ye, mutu gambar semuanya kurang baik. Saya dah tak larat nak edit sebab banyak sangat.


Pavlova mini untuk majlis makan pengantin. Separuh daripadanya hancur terbalik. Huhu

 Antara pavlova-pavlova yang saya buat untuk kawan-kawan opis, & student UTM & UNIKL-MITEC



















Sekarang gambar kek pulak..

Kek Choc Moist order dari kawan seopis


RVC yang kebanyakan deconya hampir sama




Kek marble order dari kawan kepada kawan..

DFCC order dari kawan seopis juga..


Mini buttercake untuk goodies bag kawin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan