Kek ni sebenarnya inspirasi dari orang barat. Kat negara kita sekarang dah jadi ikutan. Biasa la..bende cantik, comel, makanan pulak tu isi dia. Laju je kawan-kawan order.
Kek dalam botol ni biasanya saya buat setiap 2 minggu. Saya gilirkan dengan kek potong. Nak buat dua-dua sekali tak muat la peti ais saya ni ha. Bukannya chiller cam kedai kek tu, besar gedabak. Hehe..
Setakat ni saya baru buat 2 batch kek botol. Dan minggu ni batch yang ke-3. Dua batch sebelum ni mmg sold out. Tq kepada yang membeli ye.
Stok kek jar masa buat batch pertama & kedua hari tu. Penuh peti ais saya. Agak-agak ada peluang tak cik abang sayang nk belikan sebiji chiller khas utk letak kek yang baru..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan