Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

23 April 2013

Kek Walnut Butterscotch

Kek terhangat di carta kek saya minggu ini. Kek ni asalnya bernama Pecan Heaven Butterscotch. Tapi oleh kerana kacang pecan takde stok kat kedai, saya gantikan la dengan walnut. Kalau ikut rasa tekak saya macam lebih sedap bila pecan digantikan dengan walnut ni.

Mula-mula saya buat untuk jual slice. Separuh je terjual, bukan sebab tak laku tapi saya tak tahan tengok kek ni. Akhirnya 3 slice menjadi santapan saya anak-beranak je. Hehe.. takpe la.. Next time bleh buat lagi..

Resepi saya refer kat blog From Bakery to Embroidery. Mudah & ringkas. So, kawan-kawan boleh la cuba ye. Kalo malas order je dgn saya


Yang ni untuk jual slice minggu lepas. tapi separuh saya makan. hehe..

Cair rasa tengok sos butterscotch yang meleleh-leleh turun kat tepi kek tu.



Selepas di potong..


2 biji kek yang mencetuskan demam walnut butterscotch di KuihShoppe.


2 ulasan:

  1. Salam...nak tanya kalau sebijik berapa kek ni dan kalau jual slices..berapa rm satu slice ...

    BalasPadam