Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

26 Januari 2013

Blossom a.k.a Kuih Hijau

Kuih ni nama dia sebenarnya Coconut Blossom. Nama melayu dia BALSAM. Haha. Coconut tu sebab dia ada inti kelapa.

Nak tahu cerita pasal blossom kali ni?? Sebenarnya ini blossom pertama dari tangan saya sendiri. Pelikkan. Sebelum ni yang buat kuih ni mummy tersayang. Tapi la ni, mak saya sibuk menjaga adik saya yang baru bersalin. Sekali ada order dari regular customer saya pulak. "Ahh sudahhh..camno den nak buek ni???"

Setelah difikir-fikir, saya beranikan diri untuk cuba buat sendiri kuih ni. Selalu asyik tengok mak je yang buat. Kali ni saya pulak buat. Sebelum buat tu saya berguru secara intensif dengan mak dulu. Cewahhh.. Intensif konon. Resepi siap semua mak cakap. Mak siap dah hafal exactly berapa sukatan bahan-bahan kuih ni. Tabik spring untuk mak. Huhu. Mana taknye, dah bertahun-tahun mak buat kuih ni. Hampir 8 tahun.

Banyak pesanan mak pada saya masa mengajar tu.

"Telur tu kene sejukkan dalam peti ais dulu"

"Pastu ko bancuh awal. Bancuh pagi-pagi. Dah tengah hari baru boleh mula buat. Adunan dia tu kene tutup & tinggalkan paling kurang 3 jam. Lagi lama tinggalkan lagi cantik naik dia nanti."

" Inti dia tu bulatkan dulu siap-siap. Nanti takde la ko kelam-kabut masa kukus dia tu.."

"Kukus panaskan dulu sebelum ko mula bubuh tepung dalam cup.."

"Kukus 10 minit je. Jangan bukak tutup selagi tak cukup 10 minit. Lepas cukup 10 minit baru bukak. Tekan sket dengan jari. Kalo tak tenggelam dah masak la tu.."

Fuhhhhh..berjela pesanan tok guru. Saya ni patuh la arahan. Pukul 9 pagi saya dah bancuh. Lepas tu bukan 3 jam saya perap. Hamek kau. Sampai ke pukul 6 petang baru saya dapat kukus sebab siang tu saya busy siapkan red velvet untuk birthday anak kawan.

Takut jugak saya kalau kuih ni tak jadi sebab terover perap. Lepas kukus pertama siap, alhamdulillah. Jadi juga blossom saya. Sukanya hati saya. Ni dah boleh mewarisi empayar kuih Mak Gayah ni. Mak risau takut tak jadi. Elok je saya siap masukkan dalam kotak, mak pun sms tanya " balsam ko jadi tak??" Hehe. Jadi mak. Mak mesti senyum lebar masa tu. Tq mak..

Ni la dia blossom pertama saya untuk customer setia saya, Mama. Mama nak bawak gi kenduri kat rumah mertua Sabtu malam minggu ni. Sorry ye Mama, saiznya huru-hara. Maklum la saya mak budak baru belajar. Huhu.. Pesan kat Naurah, ni Cik Nor yang buat. Nenek busy jaga baby.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan