Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

19 Januari 2013

Kek Choc Moist Berderet

Order kedua untuk tahun 2013. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang Allah kurniakan. Kek choc moist ni order dari Mama (regular customer saya) & Kak Devi. Alkisah, Mama memang dah order awal. Lepas tengok posting saya di wall FB KuihShoppe. Kak Devi pulak order beberapa jam sebelum saya adun kek ni. Pagi 6/1/2013 tu saya & En. Suami ke rumah Kak Devi, pasang langsir yang dah siap saya jahit. Sebelum balik tu berbual la dengan Kak Devi. 

"Balik ni I nak sambung buat kek pulak kak"..

"U buat kek apa hari ni?"..

"Kek Choc Moist"..

Anak dara Kak Devi ada sekali masa tu. Terus dia cakap kat mama dia nak jugak.

"Anak I ni suka coklat. U buat la skali untuk I"..

"Ok kak. Beres. Esok I bawak ye"..

Bagi saya senang berurusan dengan Kak Devi & Mama. Amat-amat mudah. Order dari Mama ni untuk potong kat ofis. Mama share dengan kawan-kawan. Kak Devi tentu la bawak balik untuk anak daranya. 


Mama request letak choc rice tapi bila check stok coklat rice dah habis. So, saya parutkan coklat je atas kek ni..


Yang dalam bekas biru tu tuan tanah punya. Hehehehe.. 

Tak dapat ku mengawal lelehan coklat tu. Dah macam lava gunung berapi pulak. Ahaks..

Thank you ye Mama & Kak Devi



Tiada ulasan:

Catat Ulasan