Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

19 Januari 2013

Pavlova Pengantin

Salam semua. Dah 18 hari tahun baru 2013 menjenguk kita. Baru hari ni saya berpeluang meng'update' blog ni. Gara-gara berebut menguruskan anak-anak yang dah mula bersekolah semula. Terasa mencabar pulak. Maklum la dah lama sekolah cuti. Bahagia saya buat kek tanpa perlu pikir untuk check anak buat homework. Malam ni Insyaallah akan saya update secara 'lump sum'. Huhu. Jangan la mengantuk dulu wahai mata. Kopi dah 2 cawan saya minum.


Melalut pulak tangan ni menaip cerita anak sekolah. Hehe.. Sorry ye kawan-kawan. Ok la, pavlova kat atas ni order dari sepupu saya Syaza Amira. Saya panggil Aja je. Aja order sebulan awal untuk dihadiahkan kepada kawannya yang jadi raja sehari pada 30/12/2012 yang lalu. 

Ada kisah masa delivery pavlova untuk pengantin ni. Saya sesat tak jumpa cari rumah pengantin. Hahaha. Tu la kedekut sangat nak beli GPS. Hamek kau. Google map kat umah je guna laptop ni. Rupanya En. Google tunjuk jalan jauh. Huhu.. Padan muka. Puas terpusing-pusing cari rumah. Rasanya habis semua jalan kat taman tu suami saya masuk. Lastly, jumpa la jugak. Kami sampai masa pengantin sedang makan beradab. Cepat-cepat saya menyelit celah orang ramai tu sebab nak serahkan pavlova ni. Akhirnya ada sorang makcik ni yang ambil & hantar pada pengantin. Fuhhh!!! Lega rasa walaupun sebenarnya ada sket rasa bersalah sebab terlewat. Pengajaran untuk order di masa depan. 

Sebaik saja saya masuk kereta semula, telefon berbunyi. Aja call saya. Alamak!!!! Kantoi!!!! 

"Kaklong, Aja kat belakang Kaklong ni. Aja bukak tingkap tadi nak panggil Kaklong tapi tak sempat. Laju je Kaklong masuk kete"...

"Hehe..Sorry ye Aja. Kaklong sesat, puas pusing cari rumah pengantin ni. Lambat pavlova ni tiba"..

" Alaa..xpe Kaklong, yang penting sampai. Aja pun sesat tadi"..

Hohoho..sama la kita ye..

 
Saya lekatkan ucapan Selamat Pengantin Baru kat kotak. Tak lupa jugak sticker rasmi KuihShoppe. Cewahhhh!!!

Agak susah untuk dapatkan tag ucapan jenis pacak ni kat sini. Kurang variety. Pavlova tu besar tapi stand tag tu kecik je. Dah anggur sebutir kat sebelah tu nampak mcm giant. Hehe..

Apa pun saya ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Liza & Halil. Terima kasih jugak kepada Aja kerana sudi menempah. Jangan serik ye..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan