Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

19 Januari 2013

Pavlova Oh Pavlova..

Malam 10/1/13 hari tu buat saya betul-betul tak menang tangan. Rasa cuak pun ada. Doa saya ketika tu jangan la ada masalah malam ni. Penuh oven saya dengan pavlova. Sekali 5 biji saya bakar. Tapi 2 biji untuk yang letak buah, lagi 3 meringue sahaja. 

Sebenarnya order ni dari Rosnah jugak. Dia nak bawak skali balik kampung dengan red velvet tu. Yang sebiji lagi order dari Miza. dia frust sebab dah banyak kali cuba buat meringue tu tapi tak berapa cantik jadinya.

 "Nak dekat sepapan dah telur kita buat kak. Ada je spoilnye"..

Puas jugak saya bagi tips kat Miza. Tapi masih sama. Last-last Miza frust terus order dari saya. Miza order skali meringue kosong tanpa whip cream & buah. Untuk bawak balik & deko sendiri.

1 untuk Rosnah, 1 untuk Miza..

Kali ni saya tukar buah mangga kepada peach dalam tin..

Terima kasih kawan-kawan atas order kalian.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan