Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

28 Mac 2010

Kek Chocolate Cheese

Posting kali ni pasal kek chocolate cheese. Serupa macam cheese kek biasa tu cuma adunan dia dicampur dengan coklat cair. Yummmmmyyyy..


25 Mac 2010

Kek Birthday Abang

Hari ni birthday suami terchenta. So, buat la kek untuk dia. Pastu mintak mak ajar camne nak decorate kek tu. Tema hijau putih. Kek & icing ni perasa pandan. Inilah hasilnya...


21 Mac 2010

Kaswi

Ni kuih kaswi, yg makan dengan kelapa parut tu. Warna dia coklat gelap sebab ada gula merah. Tekstur dia lembik sket, pastu kalo dipegang dia meliuk-lentok. Sedappppp......



20 Mac 2010

Bingka Jagung

Kalo tadi bingka pandan, yg ni bingka jagung pulak. Adik beradik jugak la tu. Untuk bingka jagung ni, kami guna jagung dalam tin. Jagung tu dikisar & dicampur ke dalam adunan kuih ni. Untuk bagi cantik, campurkan sikit warna kuning. 

Bingka Pandan

Kali ni nak cite pasal kuih tradisional pulak. Kuih bingka pandan. Kuih ni favourite cik abang saya.  Untuk dapat rasa pandan, kami kisar daun pandan & campurkan dalam adunan kuih ni. Bukan guna perasa artificial tau. Warna je yg letak pewarna artificial sebab warna dari daun pandan yg dikisar tu tak berapa menarik. Part yg paling sedap tang kerak yg hangus tu. Perghhhhh...



14 Mac 2010

Kek Iezan & Ieza


Hari ni ada tempahan wedding kek dari Siti Umaira untuk majlis perkahwinan abangnya.


Siti nak kek yg simple & ada cup cake comel. Warna tema merah putih.



 Planningnya nak guna paste christmas red, nampak garang sket. Lepas blend dengan icing cuit la sket nak rasa. Aikkk..apsal pahit plak icing ni. Patut la warna ni selalu guna untuk bunga gumpaste jek, pahit rupanya. Bunga gumpaste tu memang tak boleh nak makan sebab keras. Terus tukar guna pewarna jenis air. Hasilnya, takde la 'merahnya makngah' color dia. Untuk Iezan & Ieza, Selamat Pengantin Baru kami ucapkan.

13 Mac 2010

Blueberry Cheese Tart


Yummmmmmmm..Hari ni nak post pasal tart yg paling besttttt...BLUEBERRY CHEESE TART..rasa tak payah cite dah..memang best gila...20 biji boleh abis makan sorang...saiz dia ada dua..sama ada yg kecik atau yg besar..kalo yg kecik tu memang comel..selain untuk makan, sesuai jugak untuk dibuat hantaran kawin atau tunang..

Minimum order:
          Saiz S - 30 biji.
          Saiz L - 20 biji

08 Mac 2010

Choc Shortbread

Adunan cookies ni hasil campuran coklat, cocoa crunch & serbuk koko. Lepas dibakar, dicurah pula dengan coklat cair & dibekukan. Rasa dia memang penuh dengan coklat la. Siapa yg suka coklat mesti suka cookies ni jugak. Cookies ni paling hot jualannya tiap kali raya.

Kuantiti: 50 pcs setiap bekas

Frozen Kenari

Cookies ni nama dia pelik sket. Tak tau la kenapa nama dia gitu. Walaupun namanya pelik, rasa dia tetap sedap. Sekali lagi, bahan utama dia ialah almond. Yg paling best, atas cookies tu disapu dengan jem blueberry. Tu yg buat rasa dia mengancam.

Kuantiti: 50 pcs setiap bekas

Mushroom Cookies

Cookies paling comel. Budak-budak suka betul cookies ni sebab warna dia yg attractive. Pink color. Bahan utama yg bagi rasa kat cookies ni ialah almond.

Kuantiti: 50 pcs setiap bekas

07 Mac 2010

Tart Bakul


Ni sebenarnya kuih tart. Dah bosan dengan rupa bentuk terap, maka ditukar la kepada bentuk bakul ni. Filling dia home made jem nenas. Sedap tau..

Kuantiti: 50 pcs setiap bekas

Rosalinda

Kuih raya ni secomel namanya. Rosalinda, macam watak dalam drama mexico plak. he3x.. Actually bende ni adalah biskut yang disalut dengan coklat. Masa belajar cikgu cakap guna coklat koko & pink. Tapi ada customer yg mintak tukar color, coklat koko & coklat putih. Ada jugak nak nak color putih semua sebab tak mahu baju anaknya kotor & comot dengan warna coklat.

Kuantiti: 50 pcs setiap bekas

White Almond Cookies



Kalau dah namanya white almond dah tentu la dibuat daripada almond. Ni cookies paling ringkas sebab tak banyak guna bahan-bahan. Almond, tepung, crisco & gula. Satu adunan doh dia cuma dapat sket hasil sebab cookies ni tak kembang. Kalo terap besar syiling 20sen, dah masak pun besar tu le. Dia tak kan jadi saiz 50sen. Sesuai la dengan bahan-bahan dia yg ringkas tu.

Kuantiti: 50 pcs setiap bekas

Belina

Walaupun raya lambat lagi, tak kira. Nak posting pasal kuih raya jugak.
Cookies ni nama dia Belina. Salah satu bahan dia ialah peanut butter. Sapa suka kacang mesti suka cookies ni.

Kuantiti: 50 pcs setiap bekas