Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

28 Mei 2013

Rainbow Petal Cake

Masa birthday anak dara saya 2 minggu lepas, dia request buat kek utk potong kat tadika dengan cikgu & kawan-kawan.

"Kakak nak kek apa?"

"Kakak nak kek yang paling cantik.."..

Dia cakap tu dengan ekspresi muka yang nampak macam tengah berangan. Anak dara saya ni selalu berangan jadi princess. Terpengaruh dengan kartun. 

Saya pun google la mencari-cari gambar-gambar kek yang cantik. Bila jumpa yang rasa ok saya tunjuk kat dia, semua tak nak. Lastly saya teringat kat blog Irmadilondon, teringat kat petal cake dia. Comel jugak kek tu. Saya pun tunjuk la kat anak saya..

"Kakak nak tak kek ni???"

"Nak, nak, eiiii..cantik la bu..kek apa ni? Macam rainbow.."

"Ni nama dia RAINBOW PETAL CAKE"..

"Oooo..boleh la bu kita nak kek ni.."

Dua hari sebelum birthday dia hari tu sayapun prepare keknye dulu. Esoknya baru saya deco. First try ni saya guna choc moist kek je. Icingnye pun saya guna buttercream sebab pada saya butercream lebih mudah nak dipelbagaikan waktu mendeco. Tak banyak ragam & tahan lama.

Saya buat homework jugak sebelum buat deco ni, berhari-hari jugak la saya berguru dengan cikgu youtube. Jadi lepas beria-ia mendeco di tengah malam buta, ini la hasilnya.


Deco masih belum kemas, masih ada lopong sana sini. 
Takpe, practice make perfect.


Tak padan pompuan, nak gambar angry bird.
Kot nak gambar princess tu ok la jugak.


Bucu tepi atas masih lopong.

Saya guna spatula saiz kecil sebab keknye rendah je.


Lepas ni saya nak cuba ombre petal cake pulak ye. Tungggguuuuuuuuuu

24 Mei 2013

Pakej Kek Kahwin

Another kek kahwin..

Sehari sebelum mengundi hari tu saya sibuk memasang kek-kek untuk pengantin. Saya dapat tempahan dari dua orang pengantin. Fuhhhhh..berpeluh saya nak menyiapkan order ni. Sampaikan peti ais saya penuh dek kek-kek ni.

Untuk kek kawin saya gunakan red velvet sebab warnanya yang terang & menarik. Kalau nak tukar warna ikut warna tema pun boleh. Tak semestinya merah je. Bisa diatur untuk warna-warna lain.

Terima kasih untuk pengantin-pengantin yang order. Selamat pengantin baru.

Set kek 3 tingkat untuk Farasuhaini dari Bandar Dato Onn. Fara request sekali dengan cup cake. Fara suka sangat sebab katanya "sedap & seperti yang saya idam-idamkan".. Thanks Fara.




Ni kek pertama yang saya pasang sebelum kek Fara. Ada masalah sket masa pasang kek ni. Meja goyang & permukaan meja yang tak rata, gebu dek kain skirting yang digulung-gulung jadi hiasan. Nasihat untuk pengantin atau ahli keluarga yang jaga bahagian pasang meja, pastikan meja tidak goyang & permukaan meja rata tanpa apa-apa alas cantik yang boleh buat jadi tak rata ye..



Berikut adalah harga-harga untuk pakej kek kahwin saya ye..

Pakej A
1/2kg + 1kg = RM120

Pakej B
1kg + 2kg = RM240

Pakej C
1/2kg + 1kg + 2kg = RM350

Harga-harga di atas adalah tanpa charge penghantaran & cupcakes keliling ye..

Harap maklum..

Gara-gara Cake in Jar...

Salam semua. Hampir sebulan saya tak update blog ni. Busy banget. Ini semua gara-gara terjebak ke dalam kancah kek jar. Huhu..

Kek jar ni memang comel. Molek je rupa dia yang berlapis-lapis antara kek & icing dia tu. Saya buat hampir setiap minggu tetapi menu apa bergantung kepada mood saya.. haha..

Sebenarnya saya mula sibuk dengan kek jar ni lepas beberapa kali di tanya oleh pelanggan setia a.k.a adik saya.

"Along, bila nak buat kek jar lagi?? Kitorang nak order kek ni, kek tu, kek ni...."

Itu yang membuatkan saya simpan stok kek jar hampir setiap minggu. Cuma menunya bergantung kepada jenis yang diminati. Kadang-kadang saya gilirkan. Kalo tiap minggu kek yang sama je, bosan pulak customer saya nanti.

Kek biasanya saya buat sehari awal. Esoknya baru saya terap masuk ke dalam botol & saya lapis selang-seli dengan icing. Paling cantik mesti la red velvet. Warnanya memang menarik perhatian la, merah menyala makngah. Huhu

Lain-lain jenis yang saya ada buat ialah walnut buterscotch, choc moist, kadang-kadang opera & lepas ni insyaallah saya nak cuba rainbow kek & non-baked cheese kek pulak. Semoga saya diberi kelapangan masa untuk semua ini.

Jom cuci mata dengan gambar-gambar kek jar saya...


Merahnya makngahhhhh!!!! Red velvet kegemaran anak sulung saya. Dia la tukang habiskan reja-reja terap tu. Huhu



Walnut butterscotch, red velvet & choc moist

Walnut butterscotch yang belum ditutup..yummy..