Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

23 April 2013

Kek Walnut Butterscotch

Kek terhangat di carta kek saya minggu ini. Kek ni asalnya bernama Pecan Heaven Butterscotch. Tapi oleh kerana kacang pecan takde stok kat kedai, saya gantikan la dengan walnut. Kalau ikut rasa tekak saya macam lebih sedap bila pecan digantikan dengan walnut ni.

Mula-mula saya buat untuk jual slice. Separuh je terjual, bukan sebab tak laku tapi saya tak tahan tengok kek ni. Akhirnya 3 slice menjadi santapan saya anak-beranak je. Hehe.. takpe la.. Next time bleh buat lagi..

Resepi saya refer kat blog From Bakery to Embroidery. Mudah & ringkas. So, kawan-kawan boleh la cuba ye. Kalo malas order je dgn saya


Yang ni untuk jual slice minggu lepas. tapi separuh saya makan. hehe..

Cair rasa tengok sos butterscotch yang meleleh-leleh turun kat tepi kek tu.



Selepas di potong..


2 biji kek yang mencetuskan demam walnut butterscotch di KuihShoppe.


Double Indulgence

Kek ni sebenarnya dah lama sangat saya nak. Jadi sempena birthday suami, anak bongsu & mak, saya cuba buat kek ni. Masa buat tu memang tak boleh tahan la bau coklat dia. Mengancam betul..

Lapisan dia masih belum cantik. Tapi rasa insyaallah, not bad.. Resepinya saya refer kat blog Citarasawan. Jadi kalo berhajat nak buat boleh la refer link kat atas tadi ye.


Ni rupa double indulgence before pakai baju. Selekeh betul. Hehe


Ni pulak selepas siap pakai baju.. 4 bulan 


Selekeh sket potongan kek ni. Semua dah tak sabar nak makan sebenarnya. 

Untuk kek ni saya dah bersedia untuk ambil tempahan ye. Cuma harga saya belum finalised.

Cake In Jar @ Kek Dalam Botol...

Suspen je tajuk entry ni..nak-nak part yang belakang tu.. Kek Dalam Botol.. hehe..

Kek ni sebenarnya inspirasi dari orang barat. Kat negara kita sekarang dah jadi ikutan. Biasa la..bende cantik, comel, makanan pulak tu isi dia. Laju je kawan-kawan order.

Kek dalam botol ni biasanya saya buat setiap 2 minggu. Saya gilirkan dengan kek potong. Nak buat dua-dua sekali tak muat la peti ais saya ni ha. Bukannya chiller cam kedai kek tu, besar gedabak. Hehe..

Setakat ni saya baru buat 2 batch kek botol. Dan minggu ni batch yang ke-3. Dua batch sebelum ni mmg sold out. Tq kepada yang membeli ye.



Stok kek jar masa buat batch pertama & kedua hari tu. Penuh peti ais saya. Agak-agak ada peluang tak cik abang sayang nk belikan sebiji chiller khas utk letak kek yang baru..

14 April 2013

Kek Pengantin

Kek-kek ni order dari pengantin utuk majlis-majlis diorang. Cup cake choc moist ni order dari sepupu saya untuk majlisnya. Kebetulan pada masa yang sama saya ke Sg. Petani kerana adik ipar saya juga kawin. Jadi kek ni saya buat awal sehari. Untuk memastikan kek & icingnye tahan lama (sehari je pun..heheh), saya gunakan krimwell kerana icing ni memang tahan lama & tak mudah cair.


Saya gunakan nozzle swirl besar untuk bentuk corak bunga ros ni pada 250pcs cup cake saiz M ni..

Mengigil jugak la tangan ni nak menyiapkan semuanya.. Huhuhu..


Kek ni nak dibawa jauh ke Kota Tinggi. Jadi saya gunakan kotak individual hole camni.
Confirm tak rosak kek tu..


Kek besar ni pulak untuk majlis potong kek. 
Saya gunakan steam butter cream untuk salut kek choc moist tu.

Ni pulak order minggu lepas dari kawan adik saya di SSeJB.
Kek ni untuk majlis perkahwinan adiknya.

RVC 1kg & 1/2kg yang dah selamat ditingkatkan.

Terima kasih semua ye atas order-order ni..

Assalamualaikummmmm...

Haiiii laa.. Lamanya la saya tak update blog ni. Busy benor gamaknye.

"Dah berhenti keje pun busy gak ke?"

"Haihh.. Busy.. Uruskan anak-anak. Anta sekolah, ambik balik sekolah. Masak utk diorang. Mandikan diorang. Pendek kata sume sebab anak la.."

Haaaaaa.. Ini la anjakan paradigma terbaru saya. Cewahhh!!!! Ayat canggih konon. Hehehe..

Entry last saya hampir 2 bulan yang lalu, ketika itu saya masih lagi bekerja di kilang sebagai seorang QA engineer cabuk. 10 tahun di situ. Banyak kenangan pahit manis di situ. Lama saya ambil masa nak buat keputusan berhenti keje ni. Selepas sesi pujuk memujuk sang suami, beristikharah & akhirnya saya tekad untuk meletak jawatan. Tanggal 7 Mac 2013, berakhir la riwayat saya di kilang itu. Macam-macam reaksi yang saya terima dari kawan-kawan di tempat kerja mahu pun di luar. Ada yang menyokong, tak kurang juga yang kata " Tak rasa rugi ke benti keje? Penat belajar tinggi, mak ayah abis duit anta masuk U.."

Pada saya, saya tak sedikit pun rasa rugi. Dah puas saya fikir & memohon petunjuk dari-Nya. Bagi saya suami & anak-anak adalah keutamaan saya ketika ini. Saya mahukan anak-anak yang boleh doakan saya selepas saya tiada nanti. Sedih la pulak. Lagi satu, waktu belajar dulu memang berhutang, tapi lepas grad, sume hutang tu diconvert kepada biasiswa sebab saya dapat keputusan yang baik. Jadi saya tak perlu risau tentang bayaran balik hutang pinjaman pelajaran. Dan yang lebih penting, saya dah takde hutang apa-apa wang pun dengan mana-mana bank. Dalam erti kata lain, SAYA BEBAS HUTANG!!!!! Itu nasihat financial planner saya dulu. Erti hidup yang sebenar-benar bebas adalah bebas hutang wang.

Jadi tugas saya sekarang adalah teruskan memohon kepada Yang Maha Esa agar dikurniakan kesihatan yang baik, rezeki yang murah, umur & hidup yang berkat, agar dapat saya jalankan tugas-tugas baru saya bersama keluarga.

Haihhh.. Melalut plak entry kali ni. Tapi itu lah yang saya rasa sepanjang 2 bulan ni. Alhamdulillah saya semakin serasi dengan tugas-tugas baru ni. Bergelut dengan anak-anak, jadi driver hantar & ambik anak sekolah, beli raw material untuk buat kek, mixer, telur, tepung, gula, cooking chocolate, macam-macam lagi la. Pendek kata sekarang saya seorang FULLTIME HOUSEWIFE & BAKERS.

Ok la. Dah habis sesi bercerita-ceriti, sekarang nak tunjuk gambar-gambar tempahan yang dapat saya langsaikan sepanjang 2 bulan ni. Maaf jika ada yang tertinggal ye. Maklum la dah 2 bulan tak update. Hanya di Facebook KuihShoppe je saya aktif. Facebook la yang paling mudah bagi saya untuk update tentang order-order dari kawan-kawan. Kalau berblog ni nak kene mengadap laptop. Seminggu sekali pun payah nak tengok saya duduk mengadap laptop. Heheheeee..

Jom cuci mata.. Sorry ye, mutu gambar semuanya kurang baik. Saya dah tak larat nak edit sebab banyak sangat.


Pavlova mini untuk majlis makan pengantin. Separuh daripadanya hancur terbalik. Huhu

 Antara pavlova-pavlova yang saya buat untuk kawan-kawan opis, & student UTM & UNIKL-MITEC



















Sekarang gambar kek pulak..

Kek Choc Moist order dari kawan seopis


RVC yang kebanyakan deconya hampir sama




Kek marble order dari kawan kepada kawan..

DFCC order dari kawan seopis juga..


Mini buttercake untuk goodies bag kawin