Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

26 Januari 2013

Pavlova Zura

Zura order pavlova ni dari hari Selasa. Zura nak hari Rabu. Tapi masa tu stok buah-buahan takde. Kat Tesco pun takde. Haihhhh.. Bila la Tesco nak topup ni. So saya cakap dengan Zura hari Jumaat boleh? Khamis cuti Maulidurrasul. Zura ok je.

"Kita nak yang kurang manis tau kak.." request Zura.

Zura share dengan 3 lagi geng, Azah, Lili & Liza.

Rabu malam tu saya pergi sekali lagi ke Tesco Seri Alam nak cari buah-buahan untuk pavlova Zura ni. Hampa, masih tiada. Sudahnya saya terpaksa ke Tesco Extra Plentong. Baru la ada stok.

Order Zura ni saya bawak sekali dengan order Mama pada Jumaat tu.

Terima kasih ye Zura & kawan-kawan.


Kek Choc Moist Mama

Kek ni Mama order sekali dengan blossom tu. Kek ni pun Mama nak bawak ke kenduri Sabtu ni. Mama kata untung beli kek ni. Muai. Besor. Haha.

Terima kasih Mama. Saban minggu order kuih & kek dari saya.


Red Velvet Harris

Hari Maulidurrasul hari tu ada order dari classmate suami masa form 6 dulu. Umi order untuk birthday anaknya Harris. Umi kata nak bawak kek tu balik Batu Pahat.

Kek ni saya siapkan sehari awal. Pada hari delivery tu saya letak icing cream cheese. Umi kata Harris suka tengok Upin Ipin. Saya pun letak la edible imej Upin Ipin.


 Ada jugak la serdak kek ni yang terjun melekat kat tepi kek tu..

Terima kasih Umi atas order ni ye. Happy birthday untuk Harris. Semoga dewasa kelak, kamu jadi anak soleh kebanggaan mama & papa ye.

Blossom a.k.a Kuih Hijau

Kuih ni nama dia sebenarnya Coconut Blossom. Nama melayu dia BALSAM. Haha. Coconut tu sebab dia ada inti kelapa.

Nak tahu cerita pasal blossom kali ni?? Sebenarnya ini blossom pertama dari tangan saya sendiri. Pelikkan. Sebelum ni yang buat kuih ni mummy tersayang. Tapi la ni, mak saya sibuk menjaga adik saya yang baru bersalin. Sekali ada order dari regular customer saya pulak. "Ahh sudahhh..camno den nak buek ni???"

Setelah difikir-fikir, saya beranikan diri untuk cuba buat sendiri kuih ni. Selalu asyik tengok mak je yang buat. Kali ni saya pulak buat. Sebelum buat tu saya berguru secara intensif dengan mak dulu. Cewahhh.. Intensif konon. Resepi siap semua mak cakap. Mak siap dah hafal exactly berapa sukatan bahan-bahan kuih ni. Tabik spring untuk mak. Huhu. Mana taknye, dah bertahun-tahun mak buat kuih ni. Hampir 8 tahun.

Banyak pesanan mak pada saya masa mengajar tu.

"Telur tu kene sejukkan dalam peti ais dulu"

"Pastu ko bancuh awal. Bancuh pagi-pagi. Dah tengah hari baru boleh mula buat. Adunan dia tu kene tutup & tinggalkan paling kurang 3 jam. Lagi lama tinggalkan lagi cantik naik dia nanti."

" Inti dia tu bulatkan dulu siap-siap. Nanti takde la ko kelam-kabut masa kukus dia tu.."

"Kukus panaskan dulu sebelum ko mula bubuh tepung dalam cup.."

"Kukus 10 minit je. Jangan bukak tutup selagi tak cukup 10 minit. Lepas cukup 10 minit baru bukak. Tekan sket dengan jari. Kalo tak tenggelam dah masak la tu.."

Fuhhhhh..berjela pesanan tok guru. Saya ni patuh la arahan. Pukul 9 pagi saya dah bancuh. Lepas tu bukan 3 jam saya perap. Hamek kau. Sampai ke pukul 6 petang baru saya dapat kukus sebab siang tu saya busy siapkan red velvet untuk birthday anak kawan.

Takut jugak saya kalau kuih ni tak jadi sebab terover perap. Lepas kukus pertama siap, alhamdulillah. Jadi juga blossom saya. Sukanya hati saya. Ni dah boleh mewarisi empayar kuih Mak Gayah ni. Mak risau takut tak jadi. Elok je saya siap masukkan dalam kotak, mak pun sms tanya " balsam ko jadi tak??" Hehe. Jadi mak. Mak mesti senyum lebar masa tu. Tq mak..

Ni la dia blossom pertama saya untuk customer setia saya, Mama. Mama nak bawak gi kenduri kat rumah mertua Sabtu malam minggu ni. Sorry ye Mama, saiznya huru-hara. Maklum la saya mak budak baru belajar. Huhu.. Pesan kat Naurah, ni Cik Nor yang buat. Nenek busy jaga baby.






19 Januari 2013

Devil Food Choc Cake

Takut pulak saya nak menyebut nama kek ni. Huhu. Tapi makan saya tak takut. Hehe. Ini kali pertama saya buat kek ni. Adik saya yang sarat pregnant request. Lama jugak saya tangguh. Dalam hati duk rasa berdosa sebab takut tak sempat buatkan kek ni untuk dia. Jangan la ko bersalin dulu. Ngences plak anak ko nanti. Hehe. Alhamdulillah, adik saya bersalin 2 hari lepas makan kek ni. 

Resepi saya refer kat blog Kak Azlita Masam Manis. Refer link ni ye untuk resepi sebab saya malas nak menaip panjang-panjang. RESEPI

Kek dia padat sungguh. Cream cheese tu di letakkan paste orange. 
Patutnya paste lemon. Masam sket rasa dia...

Saya belum berjaya menunjukkan potongan tercantik untuk bahagian tepi kek ni. 
Mintak maaf ye, time tu xsabar nak potong. Cream cheese tu belum betul-betul keras

Saya sengaja tak mau potong tepi kek ni sebab sayang dengan reja kek tu nanti..

Request Dari Orang Jauh..


Pavlova kali ni request dari orang jauh, nun dari seromban. Hehe. Siapa lagi kalau bukan adik saya. Angah balik hujung minggu lepas sebab Negeri Sembilan bercuti panjang masa tu. Sebelum bertolak lagi Angah dah request. Saya dengan rela hati buatkan. Kesian adik saya sorang ni, duduk jauh. Selalu dapat cuci mata je dengan gambar kek-kek & kuih-muih yang kat sini.

Masa saya adun meringue ni, Angah tekun tengok sambil dukung si bulat Adam Danish. Lenguh jugak la tangan. 

"Nanti balik Seremban orang nak try la buat ni"..

Angah dah berjaya buat red velvet..Tahniah ye. Pasni kalau ko balik Johor, orang buat kelas special untuk ko ekk"...

Pavlova Oh Pavlova..

Malam 10/1/13 hari tu buat saya betul-betul tak menang tangan. Rasa cuak pun ada. Doa saya ketika tu jangan la ada masalah malam ni. Penuh oven saya dengan pavlova. Sekali 5 biji saya bakar. Tapi 2 biji untuk yang letak buah, lagi 3 meringue sahaja. 

Sebenarnya order ni dari Rosnah jugak. Dia nak bawak skali balik kampung dengan red velvet tu. Yang sebiji lagi order dari Miza. dia frust sebab dah banyak kali cuba buat meringue tu tapi tak berapa cantik jadinya.

 "Nak dekat sepapan dah telur kita buat kak. Ada je spoilnye"..

Puas jugak saya bagi tips kat Miza. Tapi masih sama. Last-last Miza frust terus order dari saya. Miza order skali meringue kosong tanpa whip cream & buah. Untuk bawak balik & deko sendiri.

1 untuk Rosnah, 1 untuk Miza..

Kali ni saya tukar buah mangga kepada peach dalam tin..

Terima kasih kawan-kawan atas order kalian.



Red Velvet Lepas Geram.. :)

Kek merah menyala lagi...Kali ni order dari Cik Puan Rosnah. Rosnah order awal kek ni. 

"Kak, saya nak 11/1/2013 nanti ye. Birthday saya. Saya nak bawak balik kampung skali. Adik saya pun nak sangat makan red velvet. Deko dia saya nak sama macam Kak Intan punya hari tu ye, yang banyak merah kat atas dia tu"...

"Ok, baiklah Ros"...

Sebenarnya pada tarikh birthday Rosnah tu, dia baru habis exam. So, dia kata masa tu dia nak makan puas-puas sebab otak dah rileks kejap dari nota-nota exam. Saya faham macam mana stressnya otak kita di musim exam. Saya dah rasa dulu. Sampai sekarang kalau boleh saya tak nak dah amik exam. Hahahaha.. Tapi kalo exam pasal kuih atau kek tu boleh la. Huhu.

Saya puas hati dengan icing cream cheese ni. Tak mencair, jadi mudah la dibentuk.


Happy Birthday Ros & thanks for order ye.

Kek Choc Moist Berderet

Order kedua untuk tahun 2013. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang Allah kurniakan. Kek choc moist ni order dari Mama (regular customer saya) & Kak Devi. Alkisah, Mama memang dah order awal. Lepas tengok posting saya di wall FB KuihShoppe. Kak Devi pulak order beberapa jam sebelum saya adun kek ni. Pagi 6/1/2013 tu saya & En. Suami ke rumah Kak Devi, pasang langsir yang dah siap saya jahit. Sebelum balik tu berbual la dengan Kak Devi. 

"Balik ni I nak sambung buat kek pulak kak"..

"U buat kek apa hari ni?"..

"Kek Choc Moist"..

Anak dara Kak Devi ada sekali masa tu. Terus dia cakap kat mama dia nak jugak.

"Anak I ni suka coklat. U buat la skali untuk I"..

"Ok kak. Beres. Esok I bawak ye"..

Bagi saya senang berurusan dengan Kak Devi & Mama. Amat-amat mudah. Order dari Mama ni untuk potong kat ofis. Mama share dengan kawan-kawan. Kak Devi tentu la bawak balik untuk anak daranya. 


Mama request letak choc rice tapi bila check stok coklat rice dah habis. So, saya parutkan coklat je atas kek ni..


Yang dalam bekas biru tu tuan tanah punya. Hehehehe.. 

Tak dapat ku mengawal lelehan coklat tu. Dah macam lava gunung berapi pulak. Ahaks..

Thank you ye Mama & Kak Devi



Kek Opera Mazrah

Dah lama tak beropera. Hehe.. Kek Opera ni order dari kawan saya, Siti Mazrah. Mazrah baru je naik kerja lepas cuti bersalin. Dari cuti hari tu lagi Mazrah dah terliur tengok kek ni. Saya ada post kat FB. Naik je cuti terus Mazrah order. 


Kek Opera yang selalu buat saya tak tahan dengan bau mengancam kopi + coklat + almond..

Potongan kek ni tak senonoh sket sebab masa ni saya belum cukup gadget. Hehe..Sekarang saya dah ada cake cutter. So, lepas ni Kek Opera dah tak senget benget tinggi rendah lagi ye..

Thanks Mazrah atas order ni. :)



Hujung Tahun Yang Penuh Dengan Pavlova

28/12/2012 yang lalu ada repeat order dari kawan seofis saya, Mama. Mama nak pavlova lagi. Kali ni untuk birthday ayah & adiknya pulak. Lepas order 2 minggu lepas, family Mama asyik tanya bila nak order lagi. Diorang suka rupanya. So, Mama pun order la 1 lagi pavlova.

Masa mengadun ni saya tambah 2 biji putih telur lagi. Saya buat extra sebab adik tercinta nak jugak. Maklum la duduk jauh. Hehe..So saya buat la sebiji yang saiznya separuh dari saiz sebenar. 

Tengok la ni. Besar betul nampak anggur tu. Jangan tertipu ye, sebenarnya meringue tu yang kecik. Bukan anggur tu yang besar.


Ni pavlova Mama. Saya pacakkan tag birthday skali. 

Terima kasih Mama sebab jadi pelanggan setia KuihShoppe. Tak jemu Mama order. Dari zaman kuih hijau dulu (blossom), sampai la ni. 

Pavlova Pengantin

Salam semua. Dah 18 hari tahun baru 2013 menjenguk kita. Baru hari ni saya berpeluang meng'update' blog ni. Gara-gara berebut menguruskan anak-anak yang dah mula bersekolah semula. Terasa mencabar pulak. Maklum la dah lama sekolah cuti. Bahagia saya buat kek tanpa perlu pikir untuk check anak buat homework. Malam ni Insyaallah akan saya update secara 'lump sum'. Huhu. Jangan la mengantuk dulu wahai mata. Kopi dah 2 cawan saya minum.


Melalut pulak tangan ni menaip cerita anak sekolah. Hehe.. Sorry ye kawan-kawan. Ok la, pavlova kat atas ni order dari sepupu saya Syaza Amira. Saya panggil Aja je. Aja order sebulan awal untuk dihadiahkan kepada kawannya yang jadi raja sehari pada 30/12/2012 yang lalu. 

Ada kisah masa delivery pavlova untuk pengantin ni. Saya sesat tak jumpa cari rumah pengantin. Hahaha. Tu la kedekut sangat nak beli GPS. Hamek kau. Google map kat umah je guna laptop ni. Rupanya En. Google tunjuk jalan jauh. Huhu.. Padan muka. Puas terpusing-pusing cari rumah. Rasanya habis semua jalan kat taman tu suami saya masuk. Lastly, jumpa la jugak. Kami sampai masa pengantin sedang makan beradab. Cepat-cepat saya menyelit celah orang ramai tu sebab nak serahkan pavlova ni. Akhirnya ada sorang makcik ni yang ambil & hantar pada pengantin. Fuhhh!!! Lega rasa walaupun sebenarnya ada sket rasa bersalah sebab terlewat. Pengajaran untuk order di masa depan. 

Sebaik saja saya masuk kereta semula, telefon berbunyi. Aja call saya. Alamak!!!! Kantoi!!!! 

"Kaklong, Aja kat belakang Kaklong ni. Aja bukak tingkap tadi nak panggil Kaklong tapi tak sempat. Laju je Kaklong masuk kete"...

"Hehe..Sorry ye Aja. Kaklong sesat, puas pusing cari rumah pengantin ni. Lambat pavlova ni tiba"..

" Alaa..xpe Kaklong, yang penting sampai. Aja pun sesat tadi"..

Hohoho..sama la kita ye..

 
Saya lekatkan ucapan Selamat Pengantin Baru kat kotak. Tak lupa jugak sticker rasmi KuihShoppe. Cewahhhh!!!

Agak susah untuk dapatkan tag ucapan jenis pacak ni kat sini. Kurang variety. Pavlova tu besar tapi stand tag tu kecik je. Dah anggur sebutir kat sebelah tu nampak mcm giant. Hehe..

Apa pun saya ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Liza & Halil. Terima kasih jugak kepada Aja kerana sudi menempah. Jangan serik ye..