Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

16 Februari 2013

Cake In Jar & Kek Budget

Hujung minggu ni kami akan memulakan production CAKE IN JAR & KEK BUDGET.

Harga akan diumumkan sedikit masa lagi. Tungggguuuuuu!!!!!

13 Februari 2013

Pavlova Farhana

Masa order blossom hari tu, Farhana ada order pavlova skali. Untuk makan saja-saja katanya. Masa kawin hari tu dia tak puas makan.

Farhana nak ambil pavlova ni tengah hari. Tapi saya stuck dalam traffic jam kat Permas Jaya. Adoiiii.. Ada repair jalan. Dalam hati nak marah jugak. Repair la hari lain, hari yang aku takde buat kuih. Hehe. Geram kejap.

Macam condong pulak buah-buah tu...

Sudahnya petang baru Farhana ambik Pavlova ni sebab dia pun stuck dalam traffic jam yang sama. Waktu je lain. Saya lagi awal. Hehehe..

Blossom Kenduri

Busy betul semenjak 2 menjak ni. Huhu. Busy menyiapkan tempahan dari kawan-kawan sambil memikirkan perkara yang perlu saya buat untuk masa depan bersama family & KuihShoppe ini. Cewahhhh!!! Cam berat je bunyinye tu. Tunggu ye, nanti sampai masa saya umumkan. Hehehe..

Ok la, posting kali saya nak cerita tentang order dari adik seofis saya, Farhana. Order ni sebenarnya dah setel 2 minggu yang lalu. Tapi baru hari ni saya berkesempatan update.

Farhana dah bayangkan kat saya awal-awal lagi.

"Kak, saya nak order kuih la. Kuih untuk kenduri kat umah mertua hujung minggu nanti"..

"Awak nak kuih apa?? Kek ke???"..

"Tak nak kek.Leceh kene potong. Mmmmmm.. Saya nak kuih yang senang nak makan. Tak payah potong.."

"Kalo camtu blossom la.. Kuih hijau.."

"Dia takyah potong ke kak??"..

"Tak yah..sebiji sekali ngap.."

"Ok la. Boleh kak. Nanti pagi sebelum gi tu saya amik ekk..."

"Ok, beresss..."

Ni kali kedua saya buat sendiri kuih hijau ni. Kali pertama masa Mama Rinie order hari tu. Masa tu saiz tak tentu arah. Haha. Kali ni dah cantik tau. Saiz sekata je. Bangga jap rasa. Hehehe..

Dipendekkan cerita, 2 hari lepas kenduri tu saya follow-up Farhana pasal kuih hijau ni. Ni feedback Farhana.

"Saya makan sket je kak. Diorang hidang masa kenduri tu. Diorang kata sedap"..
"Ada anak sedara tu dia tak makan nasi, kuih pun tak pernah makan. Tapi kuih hijau akak tu dia boleh makan. Terkejut mak dia. Banyak tau kak dia makan kuih tu...."

Huhu. Anak-anak memang suka kuih tu. Dia comel, senang masuk mulut. Warna pun menyala je kan. Attractive. Huhu..

Close-up blossom kedua kalinya..Bulattt...

Saiz dia dah cantikkan. Dah tentu arah dah semua.


Terima kasih ye Farhana sebab sudi order dengan akak. :)

10 Februari 2013

Kek Pecan Butterscotch

Phewwwww...kek paling banyak step yang saya pernah buat. Panjang lebar cara-cara buat dia. Resepi saya refer blog Kak Azlita Masam Manis. Kek ni request dari adik bongsu saya. Maksu nak sangat makan yang saya buat. Pernah beli yang SR punya. Memang sedap tapi paham-paham la. Mahal ya ampun. Maksu student gi, so tak kan la asik nak beli kat SR jek. Bankrup la oiii...

Dah lama Maksu request. Sebelum Maklang request Devil Food Choc Cake gi. Saya terpaksa dulukan tekak Maklang dulu sebab dia dah sarat. Huhu. Kang tak sempat makan  bersalin pulak. Ngences pulak si baby tu nanti. Huhu.

Kek saya dah buat sebelum Maulidurasul hari tu. 3 hari saya perap. Hehe. Hari sabtu minggu lepas baru saya dapat buat frosting butterscotch tu. Masa buat sos dia tu, wangi je bau kat dapur. Bau butterscotch tu mengancam betul. Tak boleh saya nak tahan jari ni dari mencolek tepi periuk tu. Ntah berapa kali saya rasa. Rasa sekali, sedap la. Rasa lagi, eh sedap jugak la. Rasa lagi dan lagi dan lagi...Bila nak berenti daa..

Mencabar betul time buat frosting butterscotch tu. Kene masak butterscotch dulu. Bagi sejuk pastu baru bleh campur dlm cream cheese yang dah lembut di putar tu. Ada satu step yang saya sengaja tinggalkan sebab dah malas. Hahahaha.. Kacang pecan tu saya tak karamelkan. Huhu.. Walaupun tak dikaramelkan, rasa kacang ni tetap sedap.

Masa kek ni siap, adik saya yang stay Seremban ada balik. Kitorang berkampung semua kat rumah adik yang no-3. Saya potongkan sambil terkira-kira berapa orang yang tunggu kek ni siap??? Adik & adik ipar pun dah tak ingat ada berapa orang. Hehehe

Kek ni saya belum pro sangat membuatnye. Tapi kalau ada yang berhajat, insyaallah saya cuba sedaya upaya saya untuk menjualnya. Sila-sila la cuci mata dengan gambar-gambar ni ye..

Cake cutter. Alat ni memudahkan saya untuk memotong layer setipis yang mungkin. 

Inilah dia sos butterscotch. Bau dia wangi sangat. Rasa dia pun sedap. Campuran butter & gula perang.

Kacang pecan yang malas saya nak karamelkan. Bakar je bagi rangup..

Meleleh-leleh sos butterscotch tu..

Dah tinggal banyak ni je baru ingat nak ambil gambar. Sedap sangat makan sampai lupa. Huhuhu..