Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

28 Disember 2012

Choc Moist Cupcake Purple Putih

Minggu lepas juga ada order dari ex-ofis mate adik masa kerja kat Tesco dulu. Anis nak order 16pcs cupcake coklat untuk hadiah pertunangan kawannya di Kota Tinggi. Saya cadangkan choc moist cupcake pada Anis. Anis setuju. Anis nak warna tema purple putih. Kek saya buat sehari awal.

Saya cadang nak guna bunga ros sebagai hiasan sebab bunga ros ni simbol romantik. Cewahhhh.. Hahaha. Maklum la untuk majlis tunang. Kene la romantik sket. Tapi satu masalah saya ni, saya belum cukup terer untuk mengukir bunga ros. Hehe.. Tangan keras betul. So, saya beli je la bunga fondant readymate kat Bakewell tu. Comel je bunga ros purple tu.

Bab tulis menulis ni saya fail jugak. Maklum la tangan keras. Saya cadang nak tulis atas coklat. So, saya cairkan coklat, letak warna purple & keraskan dalam peti ais. Lepas tu saya amik icing merah tulis kat atas coklat tu. Tulisan tetap burukkan. Hehe. Saya mesti perbaiki skill tulis menulis atas kek ni lagi.

Masa anis datang ambil kek ni, hujan tengah lebat ya ampunnn!!! Guruh & petir berdentum-dentam. Saya berpayung bukak gate. Anis selamba je keluar kete, lari terus ke porch. Anis suka tengok kek tu. Waaaaa!!! Cantik la kak.. Sampaikan masa nak masuk kete sambil bawak kek tu Anis kata "Kak, tak yah payung saya, payungkan kek ni je.." Hahaha. Lawak la korang ni.

Anyway terima kasih untuk Anis atas order ni & Selamat Bertunang untuk kawannya tu ye.





Brownies Blueberry Cheese Cake Lagi...

Favourite order minggu lepas ialah Brownies Blueberry Cheece Cake ni. Kek ni saya suka panggil Cik BBCC. Hehe.

Order minggu lepas datang dari ofis mate juga, Kak Maleah & bos besar saya, En. Hasri. Kak Maleah dah lama nak order cik BBCC ni. Sejak saya bawa sikit ke tempat kerja awal bulan hari tu, terus dia admire dengan kek ni. 21/12/2012 hari tu saya pun delivery la kek ni ke rumahnya sebab hari tu saya on leave. Anak-anak takde orang jaga. Neneknya ada hal kat JB. Sorry ye Kak Lea, keknya sampai time Maghrib sebab tukang buat kek tukar profesion jadi babysitter jap hari tu. Hehe..

BBCC Kak Maleah

 Yang ni pulak order dari bos saya, En. Hasri. Dia call hari Sabtu, time tu saya on the way nak ke pasar beli ikan & sayur. Dia tanya "Apa barang kek yang ada kat umah skang? Kalo untuk cheese kek yang ada blueberry tu ada tak? Tapi nak amik esok lepas zohor"

Saya memang ada simpan stok cheese kat umah. Blueberry je yang takde. Petang tu saya pun pergi la Teso cari blueberry. Nasib baik la ada. Tesco Seri Alam ni kadang-kadang stok buah-buah import ni takde. Kalo takde tu terpaksa la saya merantau sampai ke Tesco Extra Plentong nun.

BBCC En. Hasri ni rupa dia pelik sket. Perasan tak apa yang lain? Jeng..jeng..jeng..

Blueberry dia menyorokkkk!!!! Malu ke??? Ke overweight??? Haahahaa.. Saya pun pelik sebenarnya. Apasal plak la blueberry ni sume tenggelam. Hairan bin Ajaib. Walaupun blueberry dia tenggelam, rasa dia tetap sama. Don't worry.

Saya puas hati betul kalo lapisan antara brownies & cheese tu jelas & nyata macam ni.

Apa pun terima kasih semua atas order anda. Terima kasih daun keladi, lain kali order lagi ye. :)

Pavlova & Blossom Annivesary Mama

Sepanjang minggu lepas saya teramat busy menyiapkan order dari kawan-kawan. Sambil tu sempat lagi saya siapkan langsir tempahan dari Guru Besar SK Kg. Pasir Putih. Hehe..Cabang bisnes terbaru.

Minggu lepas company tempat saya menceri rezeki tetap bercuti panjang. Tu yang banyak kerja saya buat. Order pavlova & blossom ni dari pelanggan setia a.k.a kawan seofis saya Pn. Marinie Akib. Saya lebih suka panggil dia Mama je. Semua kawan ofis pun panggil Mama.

Order ni sempena annivesary perkahwinannya. Lupa pulak nak tanya yang keberapa. Hehe. Blossom memamg Mama selalu order. Pavlova first time. Mama nak try sesuatu yang baru. Tak sia-sia Mama order pavlova sebab suaminya suka sangat. Sampai tanya bila lagi nak order. Adik-adik & ayah Mama pun suka.

Happy Annivesary Mama & Papa. Semoga Allah merahmati rumahtangga kalian & berkekalan kebahagiaan kalian hingga ke syurga.

Pavlova annivesary

Blossom favourite Naurah

Siap untuk delivery

20 Disember 2012

Red Velvet Kak Intan

Kak Intan kawan sekerja saya. Dah lama kak Intan kata "Red velvet tu sedapkan.. Kak Intan ada rasa masa balik kampung. Ada orang bagi sepotong. Rasa macam tak cukup. Nanti akak order dengan awak ye.."

2 minggu lepas Kak Intan order untuk Selasa last week. Time buat RVC Kak Intan ni rasa macam rileks & santai je. Deco pun lancar je. Terima kasih ye kak.

p/s: Tadi Kak Intan dah cakap "lepas ni akak nak pavlova plak ye"..


Pavlova Double Birthday

Awal Disember hari tu bos ofis order pavlova untuk birthday dia & anaknya yang jatuh pada minggu yang sama cuma selang beberapa hari je. Jadi diorang celebrate sekali. Bos saya, En. Shahrizal nak kek yang lain dari biasa. Saya cadangkan pavlova. Dia setuju & inila hasilnya. Happy Birthday untuk bos & anaknya Balqis!!!!!!!


09 Disember 2012

Brownies Blueberry Cheese Cake

Saya ada kegilaan baru. Si BBCC a.k.a Brownies Blueberry Cheese Cake.

Saya memang peminat segala jenis cheese cake. Tapi saya bosan asik makan cheese cake yang guna base biskut yang digaul dengan butter mahu pun kek span. Alaaahaiiii.. Pada hari saya bosan dgn cheese cake base biskut / kek span ni, saya nak sangat makan brownies. Tetiba terpikir, apa kata kalo saya combinekan kedua-dua makanan yg maha sedap ni. Jeng..jeng..

Hasilnya tercipta la si BBCC ni. Brownies menggantikan biskut gaul butter /  kek span. Pastu kat cheese cake tu saya tabur je blueberry fresh sebab saya malas nak lepa blueberry jem kat atas kek tu bila dah masak nanti. Tak sia-sia saya alter resepi ni. En. Suami suka yang amat. Asik tanya bila nak buat lagi. Hahaha. Tunggu hari cuti ye bang. Sekarang ni cuma buat kalo ada order.

Saya bawak sikit kek ni ke tempat kerja. Kawan-kawan kata sedap, lain dari yang lain. Tang bawah dia tu lain rasa dia. Sedappppp...Hehe..Terima kasih kawan-kawan. Alhamdulillah, ada antara kawan-kawan yang terus order. Ada yang booking untuk future date. Huhu..Jadi silalah jamu mata dgn kek saya ni ye.



Geram tengok isi blueberry yang meleleh-leleh turun tu.



Ni order dari Kak Lily untuk dimakan saja-saja. Esoknya Kak Lily potong-potong & bawak pegi keje sket. Saya sendiri tak boleh tahan tengok kek ni.




Order Dari Pengantin

Ahad 2/12/12 yang lalu, saya menyiapkan tempahan dari kawan sekerja yang menjadi raja sehari. Awalnya Farhana order sebiji pavlova. Lagi 5 hari menjelang majlis tu, Farhana tanya apa lagi hidangan colorfull yang sesuai nak diletak kat meja makan beradab tu nanti. Bila dengar colorfull saya terus teringat red velvet. Farhana setuju dengan cadangan saya. Untuk nak memudahkan hidangan ni dihidang, saya cadangkan agar kedua-dua RVC & pavlova ni dijadikan mini size a.k.a cupcake. Jadi tak perlu la cari pisau nak potong bagaikan. Ngap je terus. Hehehe.

Anyway Selamat Pengantin Baru untuk Farhana & pasangannya Azam. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga. 



p/s: Maaf kerana gambar kurang bermutu. Tak sempat capai kamera. Kamera handphone je yang sempat.

Kek Opera

Pelik jugak nama kek ni. Ada kene mengena dengan wayang opera cina tu ke?? Hehe.. Nama kek ni memang pelik sket tapi rasa dia tak pelik. Sedap bangat!!!! Saya jamin kek ni lebih sedap dari tiramisu.

Macam biasa, saya ni suka menggoogle resepi kat internet. Suka jugak baca blog-blog masakan, kek, kuih-muih. Dan macam biasa jugak, saya ni tidak le rajin sangat nak menaip resepi panjang lebar kat sini. Jadi untuk menjimatkan masa saya (hehe..malas le tu), maka saya tepek la disini link yang saya refer untuk buat kek idaman malaya ni. Banyak resepi yang saya refer. Tapi yang satu ni paling mudah, cara buat pun step by step, jelas & nyata. Yang paling penting sekali, tuan blog ni tak kedekut ilmu. Jadi kalau berangan nak buat sendiri tu, saya cadangkan refer kat blog juicycafe.

Kek ni kecik & rendah je. Struktur dia amat padat. Dipenuhi rasa almond sebab dalam dia ada grated almond. Kek ni di belah mendatar jadi 3 bahagian. Pastu dicurah sket sirap kopi, dilapis dengan coffee buttercream, & last skali di curah pulak coklat ganache. Perghhhhhhhh!!!! Memang mabeles la..

Kek opera ni cubaan pertama saya. Saya buat untuk makan-makan masa birthday adik pada 22 Nov. 2012 yang lalu. Kek ni bukan kek birthday pun. Cuma kek sampingan utk cover kalo kek birthday tak cukup. Tapi jadi lain plak. Tuan punya birthday tak mau potong kek birthday dia dulu. Dia nak potong kek opera ni dulu sebab dah tak tahan bau dia yang menggoda tu. Sudahnya, kek ni yang habis dulu. Kek birthday dia xberapa nak laku. Hehehe..tu la dia penangan kek opera.


22 November 2012

Pavlova

Pavlova..pavlova..kecur air liur tengok pavlova ni.. geram tengok buah-buah fresh yang macam nak melimpah kat atas meringue tu. Sapa yang dah makan mesti nak lagi. Based dia adalah meringue. Manis tapi sedap. Lembut macam marsmallow. Luar dia garing krap krup bila makan. Untuk resepi macam biasa saya refer kat blog favourite irmadilondon. Video tutorial plak saya refer kat joyofbaking.

Mencabar betul rasa bila nak masakkan meringue dia nih. Suhu oven memang kene set betul-betul. Tak boleh kacau-kacau atau bukak pintu oven selagi tak cukup 1 jam. Lepas 1 jam baru bleh bukak & cek dah masak ke belum. Bila dah confirm masak pun tak boleh terus keluarkan dari oven. Kang tak pasal-pasal meringue yang bulat gebu tu jadi leper. Hehe..Tunggu la sampai betul-betul sejuk baru keluarkan dari oven.

Lepas dah betul-betul sejuk baru boleh letakkan whiped cream & taburkan secukup rasa buah-buahan segar. Ikut suka la nak letak buah apa. Resepi asal guna berries. Tapi kita ni kan payah sket nak letak berries bagai ni kan. Jadi letak la anggur, kiwi, mangga, strawberry, blueberry. Lagi banyak color buah yang terlibat, lagi menarik la rupa pavlova tu. Bila mata dah kata cantik, mesti mulut nak rasa plak kan. Haaaa.. ngap je la. Saya boleh habiskan 2 potong sekaligus walaupun bende alah ni sebenarnya manis ya ampunnn..

Sila la jamu mata ye.. Kalo nak jamu tekak, bleh la refer kat resepi kat link atas tadi. Kalo malas, order je la ye. Hehee..



Pavlova ni order dari Azrul masa birthday dia October lepas. Azrul jamu kawan-kawan se'lab' dengan pavlova ni.


Pavlova ni request by adik bongsu saya yang stay kat UTM. Kesian kat maksu yang duk hostel, jarang dapat merasa , saya pun buatkan la. Adik bawak balik ke UTM, kawan-kawan pun nak jugak.

17 November 2012

Alkisah..Red Velvet Cake

Kek paling 'fofular' ketika ini. Itu la yang dapat saya katakan tentang si baldu merah ni. Ingat lagi RVC pertama yang saya buat untuk birthday suami terchenta yang serentak dengan birthday si domok bongsu saya pada 25 Mac yang lalu. Masa tu berkejaran dengan masa kerana salah sorang adik saya menjalani operation tonsil. Jadi perlu melawat sambil hantar barang keperluan apa yang patut. Di samping tu ada order nasi ayam dari regular customer yg kami dah confirm seminggu awal. So, nak tak nak kene teruskan.

Kek saya buat awal sehari. Resepi saya refer kat blog irma & joy of baking. Banyak resepi yg saya refer tapi dua sumber ni yang paling banyak membantu. Kat joy of baking siap video tutorial camne nak buat kek merah menyala ni. Kelllaaaasssssss ko. Hehe..

Saya budak baru belajar. Jadi bukan sekali buat terus jadi. Tengok luar takde cacat cela. So saya tunggu la sampai kek ni sejuk sebelum dilepa dengan icingnya. Icing ni pun satu hal jugak. Bila dah pukul cream cheese & mascapone sampai kembang, masukkan la non-dairy whip cream tu. Kacau, kacau, kacau guna mixer lagi. Lepas 2 minit tetiba campuran cheese & whip cream yang cantik tadi bertukar rupa jadi macam susu basi. Aiyakkk!!!! Apsal pulak ni???? Cepat-cepat matikan mixer, amik icing tu simpan dalam peti ais, dengan harapan icing tu akan jadi sedikit keras. Lepas 10 minit keluarkan & tengok icing tu keras sket la. Lega sket rasa hati ni. Dengan kadar kilat, mula la melepa icing ni atas kek. Lepas 5 minit, ising tu cair semula. Halahhhh..nape plak ni??? Icing tu ratakan lebih kurang je pastu cepat-cepat masukkan kek dalam peti ais smula. Bila tiba bab potong, sedikit hampa sebab warna dia tak semerah yang diharapkan. Huhu. Bila bab makan plak, mula-mula rasa ok. Tapi bila dah lama-lama ada rasa pahit. Apsal pulak ni. Dah start rasa pelik dah. Bila tanya kat adik-adik, diorang kata memang ada rasa pahit la. Tapi bila dah lama-lama ok je. Bila tanya cik abang, dia kata ok je. Ke nak amik hati saya. Hehe..

RVC yang ada rasa pahit ni lastnya abis jugak. Pastu masuk plak cerita RVC kedua yang saya buat untuk makan-makan masa berkumpul dengan adik-beradik suami. Kali ni saya buat 2 biji terus. Tamak. Haha. Sebiji untuk kat rumah. Sebiji lagi untuk bawak ke rumah abang ipar. Kali ni kek dia menjadi. Warna pun cantik. Rasa pun dah takde pahit dah. Tapi icing dia tetap meragam. Saya pun study la kat blog favourite yang saya mention kat atas tadi. Saya baca komen irma. Rupanya cheese & whip cream tu kene pukul asing. Hoho. Patut la icing saya tak jadi. Dipendekkan cerita, RVC kedua ni abes jugak akhirnya.

Bila masuk RVC ketiga, tak ingat plak utk sapa. Bila buat tu dah mula rasa expert sket. Eksen. Haha.. Kek ok, warna & rasa menjadi. Tiba nak buat icing, memang buat dengan berhati-hati tahap gaban la. Sume step dipatuhi. Dan akhirnyaaa!! Icing menjadikkkk!!!! Happynye la masa tu. Haha..

Setelah beberapa kali cubaan, akhirnya RVC saya menjadi. Dan sekarang saya dah mula ambil tempahan untuk kek ni.

Kalo korang malas nak buat, order la dengan saya ye. Ececehhh!!! Hehe.. Gambar-gambar kat bawah ni adalah gambar-gambar RVC yang jadi. Yang tak jadi tak nak upload sebab huduh sangat. Hehe..



RVC ni untuk birthday adik ipar 10 Jun 2012 hari tu.


Yang ni pulak order dari student Sek. Seni Johor Bahru pada 22 Sept. 2012 yang lalu.


Order dari Reen untuk birthday ayahnya pada 8 Nov. 2012 minggu lepas. Reen bawak kek ni ke tempat kerja & buat surprise kat ayahnya masa kat office. 

Talam Tokyo


Kuih talam ni memang versi moden. Tengok nama pun dah tau kan. Dulu masa kecik-kecik tak pernah jumpa kuih talam yang colorfull gini rupa. Kuih ni ada 3 layer. Yang bawah tu kacang merah. Yang tengah sagu jagung. Yang atas plak sama je dengan adunan kuih talam yang biasa tu. Kalo pasal nama tu jangan tanya saya ye kenapa nama dia gitu. Saya pun tak tau. Saya tau makan je.. Hehehe..


Talam Jagung

Kuih talam ni kira moden sket. Lapisan warna kuning tu guna custard yang dicampur dengan butir-butir jagung manis. Pastu dikukus sampai masak sebelum dicurah dengan adunan biasa kuih talam yang warna hijau tu.


16 November 2012

Seri Muka Kacang Merah

Seri muka kacang merah ni hasil dari ubahsuai kuih seri muka yang asal tu. Sume adunan masih sama cuma kat pulut kukus tu ditambah dengan kacang merah. Jadi, kat pulut tu ada rasa manis kacang merah sket la. Tapi rasa masih sama macam seri muka asal tu. Maintain sodappp..


Kuih Talam Kacang Merah

Kuih ni kira masih dalam kategori tradisional la. Cuma ada sikit alterasion. Hehe.. Bahgian bawah yang color merah tu of course la kacang merah. Kami alter sket tambah bahagian tengah tu dengan sagu biji. Yang color hijau tu adunan talam biasa. Walaupun dah diubahsuai sket, rasa dia tak lari, tetap sedap..

Talam Custard Marble

Kuih talam ni nak kata tradisional sangat pun takde le. Tapi kategori tradisional moden sket la.  Lapisan bawah yang warna hijau tu sama adunannya dengan kuih-kuih talam yang lain. Bahagian atas dia yang warna kuning tu adunan dari custard. Custard tu dibahagikan kepada 2 bahagian. Satu dibiarkan gitu aje. Yang satu lagi di campur koko. Lepas tu kedua-dua bahagian custard ni diletakkan berselang-seli antara satu sama lain. Alaaa..sama macam buat kek marble tu. Kalo nak rasa custard yang dikukus, cuba la kuih ni.


02 November 2012

Lamanya tak posting...

Salam sume..lamanya xde posting apa2 kat sini..bukan tokey stop aktiviti baking & segala masak kuih bagai..cumanye sedikit busy menguruskan si kecil & kakak abangnye..aktiviti tetap berjalan cuma xsempat nak update disini..

Aktiviti sebenarnya tetap on..collection order & gambar2 tempahan customer masih terperap dlm kamera, telefon & laptop ni..kuah rojak petis mabeles pun ada tau...insyaallah, nantikan semuanya dalam entry akan datang ye...tungguuuuuuu.....