Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

27 Ogos 2011

Akhirnya..

Akhirnya, selesai sudah misi KUIH RAYA 2011.. Syukur alhamdulillah.. Selamat Hari Raya Aidilfitri kami ucapkan utk semua pelanggan KuihShoppe.. Ribuan maaf dipohon kiranya terdapat kekurangan sepanjang kita berurusniaga.. Insyaallah kami akan perbaiki mutu produk & servis kami di masa hadapan...

Selamat Hari Raya Aidifitri, Maaf Zahir Batin..


21 Julai 2011

Biskut Purnama

Saya kurang pasti kenapa nama biskut ni macam ni. Tapi yg saya pasti dia sedap. He..He..

Almond Parade

Cookies ni rasa lemon. Ada campuran almond jugak dalam doh dia.

Biskut Aiskrim Strawberry

Biskut pink comel ni rasa aiskrim strawberry. Sedap...

Dahlia

Ni cookies evergreen. Cuma kami letakkan hiasan doh pink atas dia supaya rupa dia menarik sket. Rasa tetap sama macam dahlia biasa tu.

Cornflakes Buah

Cornflakes buah ni sedap. Cornflake dia gaul dgn buah-buah kering & digaul pulak dgn adunan doh dia, pastu di bakar. Nyum..nyum..

Brownies Almond

Brownies ni lebih kurang sama macam almond london. Bezanya adunan dia ada ditambah coklat chip & almond dia bukan seketul. Sedappppppp....

Suji Brunei

Cookies ni jauh asalnya. Nun dari brunei. Dibuat menggunakan tepung suji & digaul dengan campuran susu tepung & gula icing. Lemak rasanya.

Hazelnut Ball

Cookies ni bagi saya yg paling best antara cookies2 yg ada dalam siri Kuih Raya 2011 kami. Dalam dia ada sebiji hazelnut panggang, di kelilingi adunan biskut. Luarnya plak di salut dengan coklat kemudian di golekkan dalam bekas yg ada kacang tanah. Ni ala-ala ferraro rocher la ni..hu..hu..

Sample Kuih Raya 2011

Salam semua..


Sample Kuih Raya 2011 dah tersedia. Ada 14 jenis kuih kesemuanya. Antara kuih yg saya nak recomend ialah frozen kenari, shortbread, suji brunei, hazelnut ball, brownies almond, aiskrim starwberry. Sume sedap-sedap. Preview pasal rasa kuih-kuih tu akan diupdate kat sini. Tapi sebelum tu, jom la dapatkan sample utk rasa dulu. Harga sample sangat berpatutan. Cuma RM1.00 sepeket. Hubungi kami segera.

14 Jun 2011

Raya..Raya...

Demam kuih raya dah mula...Kami dah mula buat cookies utk sample..Cookies terbaru pun ada...Coming soon akan diupdate kat sini ye..

Kepada sesiapa yg nak sample kuih raya, kene la order dulu.. Tahun ni sample kami dah xfree lagi...kami akan kenekan sedikit caj... Tapi jangan takut, harganye berpatutan.. Set sample juga terhad.. Jadi sapa nak rasa sila la order..