Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

24 Mei 2013

Gara-gara Cake in Jar...

Salam semua. Hampir sebulan saya tak update blog ni. Busy banget. Ini semua gara-gara terjebak ke dalam kancah kek jar. Huhu..

Kek jar ni memang comel. Molek je rupa dia yang berlapis-lapis antara kek & icing dia tu. Saya buat hampir setiap minggu tetapi menu apa bergantung kepada mood saya.. haha..

Sebenarnya saya mula sibuk dengan kek jar ni lepas beberapa kali di tanya oleh pelanggan setia a.k.a adik saya.

"Along, bila nak buat kek jar lagi?? Kitorang nak order kek ni, kek tu, kek ni...."

Itu yang membuatkan saya simpan stok kek jar hampir setiap minggu. Cuma menunya bergantung kepada jenis yang diminati. Kadang-kadang saya gilirkan. Kalo tiap minggu kek yang sama je, bosan pulak customer saya nanti.

Kek biasanya saya buat sehari awal. Esoknya baru saya terap masuk ke dalam botol & saya lapis selang-seli dengan icing. Paling cantik mesti la red velvet. Warnanya memang menarik perhatian la, merah menyala makngah. Huhu

Lain-lain jenis yang saya ada buat ialah walnut buterscotch, choc moist, kadang-kadang opera & lepas ni insyaallah saya nak cuba rainbow kek & non-baked cheese kek pulak. Semoga saya diberi kelapangan masa untuk semua ini.

Jom cuci mata dengan gambar-gambar kek jar saya...


Merahnya makngahhhhh!!!! Red velvet kegemaran anak sulung saya. Dia la tukang habiskan reja-reja terap tu. Huhu



Walnut butterscotch, red velvet & choc moist

Walnut butterscotch yang belum ditutup..yummy..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan