Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

16 Jun 2010

Kek Cik Din

Ni kek birthday Cik Din minggu lepas. Achik yang decorate. Happy belated birthday Cik Din. Yang ke berapa yek???

14 Jun 2010

Talam Cendol

Kuih ni namanya camtu sebab dia gunakan cendol. Ramuan dia sama macam cendol yang slalu kita minum sejuk sedap tu, cuma dicampurkan tepung. Rupa dia cantik hasil gabungan warna putih, hijau & coklat (gula merah). Kalau nak rasa jom order. ;)


22 Mei 2010

Bahulu

Ni kuih bahulu, kuih tradisional yang susah gila kalo nak buat zaman dulu. Ingat lagi kalo nak buat tu time puasa je. Dari lepas sahur dok pukul telur dalam pasu tanah yang besar tu, sampai la ke time buka puasa pun tak siap gi bakar. Dulu bakar guna arang. Atas dan bawah acuan tu diletakkan pasir. Tujuannya nak control api, jangan hangit. Memang nostalgia la kuih ni. Skang ni nak bancuh dia guna mixer je. Pastu bakar pun dalam oven. Takde dah pedih-pedih mata kene asap arang tu.

Bahulu dulu original. Tapi skang ni dah ada macam request. Ada perasa coklat, strawberry, macam-macam la. Lepas tu ada jugak yang letak choc chip, choc rice, jem. Hmmmmm..macam-macam la...

20 Mei 2010

Geneva Cheese Cookies

Biskut ni pun nama dia pelik sket. Agaknya founder dia dari Geneva kot. Hu..hu.. Adunan biskut ni menggunakan cream cheese dan serbuk badam. Bahagian permukaan biskut disapu kuning telur dan diletakkan dengan badam cincang dan kuaci.

Boter Blomen

Saya suka nama biskut ni. Rasa dia lagi saya suka. Bahan utama biskut ni ialah tepung kacang hijau. Sekali rasa macam biskut mazola. Hiasannya menggunakan badam dan gula.

Thousand Island

Jangan pulak salah faham ye. Nama biskut ni tak mencerminkan bahan-bahannya. Takde langsung sos thousand island digunakan dalam biskut ni. Biskut ni asli. Hiasan atas tu menggunakan gula berwarna.

African Beauty

Biskut ni pelik sket namanya. Saya pun tak tau kenapa nama dia macam tu. He..he.. Biskut dia rasa natural, hiasan atas tu menggunakan gula yang diwarnakan dengan warna merah dan hijau.

Sweadish Cookies

Biskut ni simple je rupabentuk dia. Bahagian yang warna kuning tu dicampur dengan kelapa parut. Bahagian yang hijau tu pulak diadun sekali dengan paste pandan. Lepas digulung & dibakar, biskut ni digaul pulak dengan gula castor.

Parmesan Cheese Cookies

Adunan biskut ni dibuat menggunakan parmesan cheese. Hiasan bahagian atas tu pun cheese. Biskut ni antara favourite saya sebab saya suka cheese. Hu..hu..hu..

Strawberry Lovely Cookies

Cookies perasa strawberry ni comel bentuk & rupanya. Permukaan atas biskut ni diletakkan coklat putih, kemudian ditabur dengan kelapa kering. Last skali diletak pastel heart merah tu di tengah-tengahnya. Comelkan...

19 Mei 2010

Kek Maira

Semalam birthday Maira yang ke-3. Makin bertambah umur makin berisi badan dia. Dah 21kg. Excited betul dia nak potong kek. Tak menyempat-nyempat.

Kek Cikgu Maheran

Lepas kek Najian & Muhaimin dibawa ke sekolah, abang Najian komplen kat Umi dia,, "Kek untuk kita makan kat umah ni xde ke???" So, Cikgu Maheran tempah la satu lagi kek. Cikgu kata buat la tema apa pun, tak kisah, asalkan kek coklat. 


Esoknya kebetulan birthday boss Cikgu Maheran. Cikgu pun order la lagi satu kek khas untuk Guru Besar sekolah tempat dia mengajar tu.


Kek Teachers Day

Minggu lepas Najian & sepupunya Muhaimin request kat Umi nak share kek untuk bagi kat cikgu diorang. Najian nak gambar Barbie. Untuk Muhaimin kami letak gambar Ben10.

13 Mei 2010

Kek Birthday Ateh

Minggu lepas birthday Ateh. Mak buatkan kek ni untuk Ateh. Happy 21st birthday untuk Ateh.

Chelsea Cup Cakes

Cup cakes ni tempahan dari Ekin untuk birthday boyfriendnya. Ekin nak tema Chelsea sebab boyfriend dia penyokong Chelsea. Berpeluh Ateh melukis logo Chelsea tu.



25 April 2010

Kek Birthday Elin

Hari ni ada tempahan dari Kak Ella untuk birthday anaknya. Kak Ella nak kek coklat oren. Deco pun nak yg simple je. Saya datang majlis dia tadi dah tinggal separuh kek tu. Happy betul Elin & kawan-kawan dia. Happy Birthday Elin.

Kek Birthday Saya

Minggu lepas birthday saya. Mak buatkan kek ni. Kek rasa strawberry tapi deco warna purple..he3x..Rasa tetap sedap. TQ mak.

Keria

Kuih ni kuih tradisional. Dibuat menggunakan keledek yg direbus hingga empuk, lepas tu diuli dgn tepung. Lepas dibentuk, kuih ni digoreng. Lepas tu disira dgn air gula yg pekat. Sedap makan time petang sambil pekena air kopi.

12 April 2010

Egg Tart

Hari ni balik keje sampai depan pintu ada bau wangi, sedapppp... Mak buat egg tart!!!!!! Perut memang tengah lapar. 3 biji abis masuk perut..

08 April 2010

Cupcakes Naura

2 hari lepas ada order dari member ofis. Dia nak cupcakes untuk birthday si cute Naura yg ke-3. Naura suka warna pink. Ni cupcakes pertama yg saya deco sendiri. Happy belated birthday untuk Naura.