Lamanya kuihshoppe xde posting..Hampir 4 bulan rasanya..Tokey blog ni mabuk laut sket..He3x..
Kali ni kita post pasal coklat plak..Coklat ni kami hasilkan khas untuk dijadikan cenderahati di majlis perkahwinan adik perempuan yang akan berlangsung pada 27 Nov. 2010 ni..Sapa nak coklat ni, datang la ye..
Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.
Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,
Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:
1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00
Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau
Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my
16 November 2010
26 Julai 2010
Sample Kuih Raya Percuma!!!!!!!!
Untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sample kuih raya percuma, sila hubungi saya melalui telefon atau emel. Sample boleh didapati mulai Jumaat ini 30 Julai 2010. Cepat!!! Cepat!!! Siapa cepat dia dapat. terhad untuk 100 sample sahaja.
p/s: Maaf ye, sample agak lambat sebab tokey diserang denggi. Nyaris tak buat kuih raya tahun ni..
p/s: Maaf ye, sample agak lambat sebab tokey diserang denggi. Nyaris tak buat kuih raya tahun ni..
Label:
Cookies Raya
24 Julai 2010
Cupcakes Farish
Masa birthday Farish hari tu saya buatkan cupcakes sekali. Farish nak bagi teacher dan kawan-kawan kat Pintar Bistari. Untuk cikgu-cikgu Pintar Bistari Taman Rinting, terima kasih dari kami sekeluarga.
Kek Birthday Farish
Minggu lepas birthday Farish yg ke-5. Tanya dia nak kek apa. Dia kata, "Saya nak kek warna blue, ibu". Mula-mula lagi la, dia nak warna black. Adei aii..mana plak nak cari pewarna hitam tengah malam ni. Nasib baik dia tukar nak blue. Happy Birthday Farish.
16 Jun 2010
Kek Cik Din
Ni kek birthday Cik Din minggu lepas. Achik yang decorate. Happy belated birthday Cik Din. Yang ke berapa yek???
14 Jun 2010
Talam Cendol
Kuih ni namanya camtu sebab dia gunakan cendol. Ramuan dia sama macam cendol yang slalu kita minum sejuk sedap tu, cuma dicampurkan tepung. Rupa dia cantik hasil gabungan warna putih, hijau & coklat (gula merah). Kalau nak rasa jom order. ;)
Label:
Kuih Tradisional
22 Mei 2010
Bahulu
Ni kuih bahulu, kuih tradisional yang susah gila kalo nak buat zaman dulu. Ingat lagi kalo nak buat tu time puasa je. Dari lepas sahur dok pukul telur dalam pasu tanah yang besar tu, sampai la ke time buka puasa pun tak siap gi bakar. Dulu bakar guna arang. Atas dan bawah acuan tu diletakkan pasir. Tujuannya nak control api, jangan hangit. Memang nostalgia la kuih ni. Skang ni nak bancuh dia guna mixer je. Pastu bakar pun dalam oven. Takde dah pedih-pedih mata kene asap arang tu.
Bahulu dulu original. Tapi skang ni dah ada macam request. Ada perasa coklat, strawberry, macam-macam la. Lepas tu ada jugak yang letak choc chip, choc rice, jem. Hmmmmm..macam-macam la...
Bahulu dulu original. Tapi skang ni dah ada macam request. Ada perasa coklat, strawberry, macam-macam la. Lepas tu ada jugak yang letak choc chip, choc rice, jem. Hmmmmm..macam-macam la...
Label:
Kuih Tradisional
20 Mei 2010
Geneva Cheese Cookies
Biskut ni pun nama dia pelik sket. Agaknya founder dia dari Geneva kot. Hu..hu.. Adunan biskut ni menggunakan cream cheese dan serbuk badam. Bahagian permukaan biskut disapu kuning telur dan diletakkan dengan badam cincang dan kuaci.
Label:
Cookies Raya
Boter Blomen
Saya suka nama biskut ni. Rasa dia lagi saya suka. Bahan utama biskut ni ialah tepung kacang hijau. Sekali rasa macam biskut mazola. Hiasannya menggunakan badam dan gula.
Label:
Cookies Raya
Thousand Island
Jangan pulak salah faham ye. Nama biskut ni tak mencerminkan bahan-bahannya. Takde langsung sos thousand island digunakan dalam biskut ni. Biskut ni asli. Hiasan atas tu menggunakan gula berwarna.
Label:
Cookies Raya
African Beauty
Biskut ni pelik sket namanya. Saya pun tak tau kenapa nama dia macam tu. He..he.. Biskut dia rasa natural, hiasan atas tu menggunakan gula yang diwarnakan dengan warna merah dan hijau.
Label:
Cookies Raya
Sweadish Cookies
Biskut ni simple je rupabentuk dia. Bahagian yang warna kuning tu dicampur dengan kelapa parut. Bahagian yang hijau tu pulak diadun sekali dengan paste pandan. Lepas digulung & dibakar, biskut ni digaul pulak dengan gula castor.
Label:
Cookies Raya
Parmesan Cheese Cookies
Adunan biskut ni dibuat menggunakan parmesan cheese. Hiasan bahagian atas tu pun cheese. Biskut ni antara favourite saya sebab saya suka cheese. Hu..hu..hu..
Label:
Cookies Raya
Strawberry Lovely Cookies
Cookies perasa strawberry ni comel bentuk & rupanya. Permukaan atas biskut ni diletakkan coklat putih, kemudian ditabur dengan kelapa kering. Last skali diletak pastel heart merah tu di tengah-tengahnya. Comelkan...
Label:
Cookies Raya
19 Mei 2010
Kek Maira
Semalam birthday Maira yang ke-3. Makin bertambah umur makin berisi badan dia. Dah 21kg. Excited betul dia nak potong kek. Tak menyempat-nyempat.
Kek Cikgu Maheran
Lepas kek Najian & Muhaimin dibawa ke sekolah, abang Najian komplen kat Umi dia,, "Kek untuk kita makan kat umah ni xde ke???" So, Cikgu Maheran tempah la satu lagi kek. Cikgu kata buat la tema apa pun, tak kisah, asalkan kek coklat.
Esoknya kebetulan birthday boss Cikgu Maheran. Cikgu pun order la lagi satu kek khas untuk Guru Besar sekolah tempat dia mengajar tu.
Kek Teachers Day
Minggu lepas Najian & sepupunya Muhaimin request kat Umi nak share kek untuk bagi kat cikgu diorang. Najian nak gambar Barbie. Untuk Muhaimin kami letak gambar Ben10.
13 Mei 2010
Chelsea Cup Cakes
Cup cakes ni tempahan dari Ekin untuk birthday boyfriendnya. Ekin nak tema Chelsea sebab boyfriend dia penyokong Chelsea. Berpeluh Ateh melukis logo Chelsea tu.
25 April 2010
Kek Birthday Elin
Hari ni ada tempahan dari Kak Ella untuk birthday anaknya. Kak Ella nak kek coklat oren. Deco pun nak yg simple je. Saya datang majlis dia tadi dah tinggal separuh kek tu. Happy betul Elin & kawan-kawan dia. Happy Birthday Elin.
Langgan:
Catatan (Atom)

















