Kami menyediakan berbagai jenis kuih-muih moden & tradisional
seperti kek, cuppies, bahulu, kuih talam, cookies, roti dan pizza.

Penghantaran percuma untuk kawasan Masai, Seri Alam, Tmn Rinting & Megah Ria,

Bagi kawasan-kawasan lain caj penghantaran adalah seperti di bawah:

1) Pasir Gudang - RM5.00
2) Johor Bahru, Setia Indah & kawasan berhampiran - RM10.00
3) Skudai, Tmn Perling, Ulu Tiram & kawasan berhampiran - RM 15.00
4) Kota Tinggi - RM20.00

Untuk self pick-up, sila ambil di rumah saya atau pick-up point di bawah:
1) Tesco Seri Alam
2) Shell berhadapan AEON Tebrau

Untuk pertanyaan & tempahan sila hubungi:
Tel/sms/WhatsApp: 019-7140779 @ 012-7084779
Facebook: http://www.facebook.com/groups/129925260420414/
Emel: fihas05@yahoo.com.my

02 Jun 2013

Kek Hello Kitty

Kek kitty ni request dr salah seorang bestfriend masa sekolah dulu. Anak dia suka sangat kitty. Kek ni saya buat guna mould hello kitty. Kalo nak suruh saya bentuk sendiri muka kitty tu kang tak tau pulak la jadi muka apa. So, untuk selamat, saya guna je mould kitty yang memang ada jual kat kedai barang-barang bakeri.

kawan saya ni siap wassup kat saya gambar kek rupa camne yang dia nak.

Sue: nyah, ko bleh buat kek camni tak?

Aku: haaa??? Ko nak kek rupa gini ke?

Sue: ha'ah. Apple nak sebijik camni. Bapak dia yang cari gambar ni.

Aku: boleh, ada je loyang muka kitty ni. Ada jual kat kedai.

Sue: aku nak sebijik camni tau.

Aku: baekkkk cikgu. Aku cuba buatkan sebijik camni.

Tiba masa dan ketika, saya pun mula la buat keknye dulu. Saya guna kek choc moist. Kalo kek sponge tu kang tak sedap plak la rasa dia, biasa je. Kek tu saya curah coklat ganache dulu atas dia sebelum deco. Maklum la, kek choc moist ni memang tak mabeles tanpa choc ganache. Icing saya guna buttercream je sebab tak nak 'bunuh' rasa coklat tu. Sue request dengan cup cake skali dengan alphabet nama Apple. So ini la hasilnya.

Saya guna nozzle star utk piping buttercream atas kitty ni.


Happy birthday Apple.

Saya guna ready made fondant je utk buat alphabet ni.

Kek ni dibawa ke Smart Reader Kids, Apple celebrate dengan kawan-kawan. Sue post la gambar anak-anak ni masa celebrate. Masing-masing suka sangat tengok kek ni. Cikgu-cikgu pun suka. Sue kata  "nyah, kek ko jadi epic in the school today".. hahaha..lawak pulak bila jadi epic. Anyway thank for order kawan. Happy sebab dapat gumbirakan anak ko.

3 ulasan:

  1. klu nak order yg kek hello kitty tu berapa. blh sms saya tak.. 012-7066040-fara

    BalasPadam
  2. salam,, boleh sy dptkan harga utk kek hello kitty ni ? sms 0162926287 - aisyah

    BalasPadam
  3. Salam sayang2 sume..sorry lama sgt nk reply..kek ni rm90 utk berat 2kg.
    Kek dlm tu choc moist. Icing butter cream. Harga xtermasuk cup kek tepi tu.
    Kalo nk fast reply, contact/sms/wassap guna no tepon di atas. Atau pun boleh refer ke fb saya Hadizah Fiveros. Dalam tu ada open group KuihShoppe.

    BalasPadam